Image module
Image module

Tarikh:
24 November 2018

Image module

Masa:
8 Pagi – 5 Petang

Image module

Tempat: Dewan Tun Dr Ismail, PWTC

Image module

Tiket:
RM100 setiap peserta

Daftar Sekarang
Klik Untuk Pertanyaan
Image module

Pengenalan: Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu

Dakwah Islam di Malaysia sudah bertapak di Malaysia sejak ratusan tahun dahulu. Pelbagai cabaran yang telah dilalui oleh para penggerak dakwah serta masyarakat Islam amnya sejak zaman berzaman seperti menghadapi detik-detik kejatuhan Kesultanan Melayu Islam Melaka, serangan penjajah British, Portugis, Jepun dan Komunis ke atas tanah air. Walau apapun cabaran dan ancaman yang dihadapi, roh perjuangan dakwah tidak pernah berhenti sehingga hari ini.

Abad ke-21 ini, meskipun bukan berbentuk serangan fizikal, ancaman yang sedang dihadapi para penggerak dakwah dan masyarakat Islam tidak kurang hebatnya,. Ancaman pemikiran asing sedang rancak memerangi pemikiran Masyarakat Islam terutamanya anak-anak muda di Malaysia hari ini. Daripada Liberalisme, Pluralisme, Feminisme, Humanisme hinggalah Syiah, semuanya sedang menyelusup masuk di dalam jiwa dan pemikiran masyarakat Islam secara halus. Ia menjadi semakin kritikal bila mana sebahagian daripada aktivis yang beragama Islam sendiri yang menjadi juara dalam mempromosi pemikiran-pemikiran asing ini.

Dalam hal ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memainkan peranan proaktif dengan mengambil pendekatan fundamental dengan menyediakan platform pengukuhan jati diri masyarakat Islam di Malaysia supaya mampu berhadapan dengan cabaran dan ancaman idelogi, di samping mampu menyebarkan fikrah dakwah Islam yang sebenar kepada masyarakat Islam di Malaysia dengan mesej yang jelas.

Justeru, ISMA berhasrat untuk mengadakan Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI) 2018 dengan tema khusus “Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu”, bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat Islam di Malaysia berhubung ancaman-ancaman pemikiran asing, dalam masa yang sama memberi kesedaran berhubung kepentingan dan tanggungjawab dakwah kepada seluruh masyakarat, ke arah mencapai kehidupan Islami yang menyeluruh dalam segenap aspek termasuk kemasyarakatan serta kenegaraan.

Adalah menjadi harapan kami agar pendakwah yang dilahirkan daripada persidangan ini menjadi rujukan utama masyarakat mengenai ancaman ideologi asing.

Objektif

Memberi pencerahan kepada masyarakat Islam di Malaysia berhubung ancaman pemikiran asing terutamanya liberalisme, sekularlisme dan humanisme, di samping menyeru masyarakat Islam agar menginsafi realiti semasa di Malaysia baharu hari ini.

Memberi kesedaran kepada masyarakat Islam terhadap kepentingan dan tanggungjawab dakwah, ke arah mencapai kehidupan Islami yang menyeluruh dalam segenap aspek termasuk kemasyarakatan serta kenegaraan.

Aturcara

  • Saturday 11/24
    • 08:00
      -
      09:30

      Pendaftaran

      Ketibaan peserta & Pendaftaran

    • 09:30
      -
      10:15

      Pembukaan Majlis & Bacaan Al-quran

      Ucaptama Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya
      Ucapan Perasmian Amir ISMA, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

    • 10:15
      -
      11:00

      Kertas Kerja 1: Menyingkap Sejarah Liberalisme di Malaysia: Dari Merdeka 1957 hingga 2018

      Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA

    • 11:00
      -
      11:15

      Rehat

    • 11:15
      -
      12:15

      Kertas Kerja 2: Jaringan Islam Liberal di Indonesia: Pengajaran Buat Malaysia

      Al-Fadhil Ustaz Bachtiar Nasir, Sekretaris Jenderal Majelis Intelektual dan Ulama’ Muda Indonesia (MIUMI)

    • 12:15
      -
      13:15

      Kertas Kerja 3: Konsep Kenegaraan: Antara Islam dan Liberalisme

      Al-Fadhil Ustaz Hazizi Ab Rahman, Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran & Peradaban Ummah

    • 13:15
      -
      14:30

      Rehat

      Rehat & Solat Zohor

    • 14:30
      -
      15:30

      Kertas Kerja 4: Kajian Orientalis dalam Kerangka Pemikiran Malaysia Baharu

      Dr Norsaleha Mohd Salleh, Pensyarah Kanan & Pengarah Pusat Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

    • 15:30
      -
      16:45

      Forum: Malaysia Negara Islam: Wilayah yang Wajib Dipertahankan

      Panelis: Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifly bin Muda, Mufti Negeri Terengganu Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, Pensyarah Kanan Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Al-Fadhil

    • 16:45
      -
      17:00

      Resolusi

    • 17:00
      -
      17:30

      Penutup

      Sidang Media & Bersurai

Senarai Pembentang Kertas Kerja

Image module
Image module
Maklumat Pembentang

Moderator & Senarai Panelis Forum

Image module
Image module

Anjuran:

Image module

Dengan Kerjasama:

Image module
Daftar Sekarang