BANGI, 8 Mei – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran Perdana buat kali ke-4 melibatkan penyertaan hampir empat ribu wanita dari seluruh Malaysia termasuk di luar negara.
Majlis yang disiarkan secara langsung melalui medium atas talian, Facebook rasmi TV Pertiwi pagi tadi telah disertai oleh para peserta tilawah dan tadarus wanita dari 42 buah cawangan ISMA yang telah berusaha menghabiskan 30 juzuk al-Quran bersama-sama sepanjang Ramadan.
Menurut Ketua Wanita, Dr. Suriani Sudi program ini diadakan sebagai satu tanda untuk menaikkan syiar Islam dengan membaca al-Quran.
“Pada masa yang sama, untuk semarakkan Ramadan dengan al-Quran,” katanya.
Istimewanya tilawah dan tadarus yang dijalankn secara atas talian ini adalah setiap daripada mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama seorang pembimbing wanita ISMA yang akan membantu membimbing bacaan al-Quran.
Tilawah dan tadarus juga dilakukan secara fizikal pada setiap minggu di surau dan masjid yang dibenarkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.