Memupuk semangat Keluarga Beragenda

Kawan-kawan,
Kita kena bangga dengan asal usul kita.

Melayu dan Islam,
Itulah jati diri kita.

Berbanggalah,
Nenek moyang kita suatu masa dahulu,
Telah membina peradaban yang tersohor di pentas dunia.

Janganlah kita,
Senang terpengaruh,
Semberono menceduk budaya luar.

Awas! Sedarlah,
Kuasa-kuasa jahat sentiasa ada,
Mengganggu gugat keamanan negara.

Dilaungkannya suara hak asasi manusia,
Padahal mahu melerai pegangan agama kita,

Berhati-hatilah,
Jangan mudah terpedaya,
Apatah lagi menjadi tali barut,
Kepada nusa dan agama.

Mari kita jadikan,
Adab sopan pakaian kita.
Bahasa Melayu identiti kita.
Hormat-menghormati walau apa jua warna kulit kita.
Tolong-menolong kita jaga kita.

Paling penting sekali,
Al-Quran dan as-Sunnah,
Menjadi teras utama hidup kita.
Pasti hidup akan bahagia,
Di dunia dan akhirat,
Dalam berkah Allah taala.

Allah ciptakan manusia,
Dengan agenda.
Amar makruf nahi mungkar,
Harus dibuat sedaya upaya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Jom kibarkan Jalur Gemilang.
Simbolik kita sayangkan negara.

Dalam ingatan dan jiwa,
Sayang pada tanah air tiada penghujungnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat