Merdekakan Jiwamu Melayu

Mulianya bangsa Melayu kerana Islam.
Mulianya Tanah Melayu kerana Islam.

Namun, kita dijajah. Bukan hanya tanahnya, tetapi jati diri umat Melayu dijarah.
Daripada sehebat Singa Si Raja Rimba, kepada Si Kijang yang pengecut tidak terkira.

Kini, 63 tahun kita telah Merdeka. Tiada lagi undang-undang si orang putih, tetapi sikap dan perangai Melayu ‘sebahagiannya’ tiada bezanya seperti mereka.

Hidup, bagai tiada Tuhan yang Memerhati. Bergembira, bagai dunia ini tiada akhiratnya.
Berpesta, bagai kehidupan ini tiada matlamat dan tujuan.

Bebaslah wahai Umat Melayu.
Merdekakanlah dirimu daripada belenggu maksiat dan ‘Ananiah’
Hidup kita bukan untuk diri kita seorang.
Hidup kita ada agenda yang jelas dan panjang.
Mulakanlah langkah dengan memerdekakan jiwamu.

“Dan tidak sempurna kesejahteraan hakiki jiwa sehinggalah ianya bebas daripada 5 perkara:

Daripada syirik yang mengingkari Tauhid,
Daripada bid’ah yang bercanggah dengan Sunnah,
Daripada syahwat yang melanggar Kewajipan,
Daripada kelalaian yang merosakkan Zikrullah
Daripada riya’ yang menghapuskan Keikhlasan

Kelima-lima perkara ini menghalang jiwa daripada Allah. Malah, setiap satu daripada penyakit ini pula melahirkan jenis-jenis maksiat yang tidak terkira banyaknya.”

Bangkitlah wahai Melayu,
Menebus Kedaulatan, Menjulang Peradaban.

Nukilan:
Hanees Faatimah Mohd Kamal
ISMA Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat