MITI Perlu Telus Dalam Memberi Kebenaran Kepada Industri Yang Benar-Benar Kritikal Untuk Beroperasi

Berita penutupan semua kilang minuman keras di seluruh negara sepanjang tempoh PKP 3.0 ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan ini sangat wajar dan dialu-alukan oleh semua pihak.

Sebelum ini tular surat kelulusan kilang Carlsberg untuk beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI. Ramai orang khususnya umat Islam menolak perkara ini, kerana arak bukanlah termasuk dalam perkara asas yang wajar, walaupun ianya dalam sektor makanan dan minuman.

Dalam keadaan negara kita dilanda ujian wabak Covid-19 ini, janganlah pula mengundang kemurkaan Allah dengan membiarkan kilang arak beroperasi. Begitu juga dengan pusat-pusat perjudian seperti Genting Highland seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Kita juga berharap agar MITI bersikap professional dan telus dalam memberikan kelulusan beroperasi kepada sektor benar-benar kritikal bukan atas dasar pilih kasih. Kita tidak mahu ada persetujuan belakang yang mendorong untuk memberikan kelulusan beroperasi kepada mana-mana pihak.

Kepada mereka yang terjejas pekerjaan disebabkan oleh PKP 3.0 ini, kita harap mereka akan bersabar dan bertahan untuk seketika sehinggalah jangkitan wabak ini dapat dibendung. Mudah-mudahan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesulitan mereka.

Mohd Noor Azib Asmangi Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Presiden ISMA
2 Jun 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat