Mohon nilai semula pengambilan lepasan UEC ke IPG

iGuru bimbang pengambilan graduan lepasan UEC ke IPG ( Pen. Bahasa Cina) membawa pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil UEC.

1. Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru ) memohon pihak KPM menilai semula pengambilan graduan lepasan sijil UEC ke IPG di dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Cina meskipun ia sudah berjalan sejak tahun 2011.

2. iGuru melihat pengambilan ini akan membawa kepada usaha pengiktirafahan sepenuhnya sijil UEC bahkan ia mengekalkan kewujudan sekolah- sekolah vernakukar. Pada masa yang sama mengenepikan hak murid- murid yang belajar di dalam sistem pendidikan aliran kebangsaan.

3. iGuru melihat identiti nasional merupakan elemen penting bagi kestabilan sebuah negara dan pendidikan yang berpaksikan identiti nasional adalah wadahnya demi mewujudkan perpaduan semua kaum.

4. Justeru iGuru melihat usaha untuk mewujudkan sekolah satu aliran pendidikan amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan dengan satu kurikukum dan satu bahasa.

5. Atas asas itu iGuru bimbang langkah membuka peluang lulusan UEC ini akan membawa tuntutan menyeluruh kepada pengiktirafan sijil UEC dan keabsahan sistem pendidikan vernakular yang diurus oleh badan bukan kerajaan seperti Dong Jio Zong.

Mohd Azizee Hasan
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat