Normalisasi Mengiktiraf Pekerja Seks

BANGI, 27 Feb – “Proses normalisasi (pekerja seks) sudah bermula,” kata Prof. Dr Rafidah Hanim yang mengulas kenyataan seorang aktivis SUHAKAM yang mengiktiraf pelacuran sebagai bukan jenayah lagi.

Ujar Dr Rafidah, beliau berkesempatan berbincang bersama kumpulan keagamaan Amerika dan Singapura yang melihat bagaimana maksiat sudah mula diserap dalam masyarakat melalui nama Hak Asasi Manusia.

“Antara yang menjadi normalisasi adalah mereka menganggap pelacur tidak mempunyai jalan keluar melainkan melalui Hak Asasi Manusia yang lebih berminat kepada ketiadaan kekerasan dan pendekatan tegas oleh pihak berkuasa. Tetapi mereka sendiri tidak ada solusi,” katanya.

Mereka juga tersipu malu untuk mengaku bahawa Malaysia mempunyai nilai dan undang-undang yang menghalang pelacuran tetapi masih menyebarkan idea-idea yang ofensif dan sering meminta kita menerima sahaja ‘idea’ Hak Asasi Manusia malab menyalahkan pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Salah satunya menyalahkan penguatkuasa kiri dan kanan sambil menyarankan agar berhenti mendiskriminasi jenayah pelacuran. Sedangkan mereka lupa bahawa undang-undang adalah salah satu cara untuk membendung aktiviti ini di samping aktiviti pemulihan oleh institusi agama Islam,” ulasnya di Facebook.

Tambah Dr. Rafidah lagi mereka tidak mensabitkan jenayah pelacuran tetapi menganggap polis dan penguatkuasalah yang menimbulkan keganasan dan diskriminasi.

“Jika begitulah hujah mereka, adakah kita harus menganggap semua yang berlaku adalah bukan jenayah, seperti mencuri atau rasuah? Ianya tetap tidak boleh dilaksanakan walaupun kita mengeluarkannya dari konteks agama,” ujarnya.

Selain itu juga, mereka gemar berdebat dan memaksa semua orang yang tidak bersetuju dengan pelacuran ini bersikap lemah lembut dan defensif atas laras bahasa Hak Asasi Manusia. Kadangkala mereka akan menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai sokongan.

“Dan di akhirnya hujah Hak Asasi Manusia ini akan terus membiarkan manipulasi dan eksploitasi pelacuran terus berlaku,” sebagai penutup kata.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat