PELACURAN TAK BOLEH, TAPI ARAK BOLEH?

1. Isu arak ini mudah saja. Arak adalah musuh besar kemanusiaan. Orang yang minum arak adalah tak manusiawi. Kenapa kita nak benarkan manusia rosakkan diri?
2. Ada pihak exaggerate sampai mengenang sejarah ‘najis’ ini masuk ke Tanah Melayu. Kerja ini sama saja macam mengenang komunis menjarah tanah air, atau Alfonso de Albuquerque melanggar istana Melaka.
3. Pihak ini sebenarnya tidak ada sebarang alasan untuk lancarkan wiski Malaysia, selain DUIT. Mereka adalah kapitalis jijik yang kaut keuntungan atas kebodohan orang lain. Mereka adalah syarikat yang paling tiada nilai (no values at all).
4. Pihak berkuasa boleh menghentikan malapetaka ini melalui kuasa administratif yang ada. Tarik saja permit operasi mereka, selesailah isu ini. Bila kerajaan berani bertindak jantan, kerajaan akan meraih sokongan ramai anak jantan.
5. Masyarakat Malaysia yang cintakan kesihatan dan keharmonian boleh melancarkan boikot dan ‘perang bawang siber’ kepada syarikat ini dan semua sekutunya. Mempromosi arak tak ada beza dengan mempromosi judi, rasuah dan persundalan.
6. Setinggi tahniah kepada semua pihak yang telah menyuarakan bantahan.
P/s: Tolong tarik sekali permit kilang kat Shah Alam tu.
BILAL JAILANI
Ahli Majlis Ulama ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat