Pemikiran Dalam Kotak Usang

Parti parti Melayu sepatutnya mengenepikan taasub kepartian ketika menentukan calun calun dalam pilihanraya nanti. Bangsa Melayu perlu berfikir dalam kontek bangsa, asalkan mereka calun yang layak dan berwibawa dari bangsa Melayu.

Bangsa Melayu masih berjuang atas sentimen parti. Ini bermakna calun calun dari kelompok kluster mahkamah akan terus mengekalkan kedudukan dikawasan masing masing dengan mendakwa bahawa ini adalah kerusi Umno yang mereka sandang.

Senario ini menggambarkan bahawa kepimpinan parti Melayu yang ada masih berfikiran ditakuk lama yang telah usang berbanding dengan parti parti cauvinis dan rasis. Parti cauvinis dan rasis meletakkan agenda bangsa sebagai asas perjuangan mereka. Parti parti mereka hanya sebagai wasilah untuk mencapai agenda bangsa.

Bangsa Cina menyokong semua calun dari bangsa mereka tanpa mengira parti. Pru akan datang sepatutnya parti parti Melayu memilih calun yang berwibawa dari kalangan parti parti Melayu. Tidak ada makna pemuafakatan atan persepakatan jika tidak ada titik pertemuan yang sama dengan meletakkan agenda bangsa yang perlu diutamakan.
Politik bangsa Melayu akan kekal dalam senario lama.

Mereka akan berperang dan bertelingkah sesama sendiri antara parti parti Melayu. Perebutan beberapa penjuru antara parti parti Melayu akan berlaku dalam pru akan datang yang merugikan bangsa Melayu. Bagi mereka yang tidak dicalunkan akan berlaku tindakan sabotaj secara senyap ataupun cas keting ikut istilah orang kelantan.
Cabaran semakin meningkat, sepatutnya parti parti Melayu memperkukuhkan kedudukan bangsa Melayu dalam persada politik negara dengan meletakkan calun calun yang berwibawa dan amanah.

Mereka yang terlibat dengan pelbagai krisis akhlak dan maruah adalah tidak layak untuk berada ditampuk kepimpinan parti dan negara.
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ
لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Tiada di kalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”
Riwayat Imam al-Bukhari (7150) dan Muslim (142)

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat