Pendokong akidah sebenar akan lebih mudah bersatu

Para pendokong akidah yang benar sebenarnya lebih mudah untuk bersatu dan saling bekerjasama dalam mempertahankan dan memperjuangkan kebenaran tanpa mengira siapa yang benar. Begitu juga akan menentang dan menolak kebatilan dan kezaliman walaupun dilakukan oleh kumpulan sendiri.

Malangnya hakikat ini tidak membumi kerana masing-masing ada kepentingan atau sebenarnya mereka tidak sedar kelebihan yang sepatutnya ada pada mereka.
Lebih malang sekiranya ia berlaku atas kelemahan dan kenaifan jiwa mereka.

Sebaliknya, pihak yang ada kepentingan bangsa dan memperjuangkan agenda bangsa walaupun kadang2 pada zahirnya dilihat saling bertelagah dan dari kumpulan yang berbeza mereka dilihat lebih mudah untuk bersepakat bahkan itupun yang realitinya sekarang ini seperti dalam isu pencerobohan tanah haram musang king, tulisan jawi, pencemaran kilang dan lain-lain.

Bilakah realiti ini akan ada titik penyudahnya. Tidak dapat tidak, mereka yang seolah-olah hilang jati diri perlu disedarkan ataupun masyarakat mesti diberi kesedaran untuk menolak mereka jika mereka adalah dari kalangan pemimpin. Jangan jadi seperti kata pepatah harapkan pegar, pegar makan padi.

Penting juga, masyarakat didedahkan kewujudan golongan yang saling bekerjasama dan bersatu hati dalam memperjuangkan agenda mereka walaupun atas dasar menegak benang basah bahkan walaupun menyalahi undang-undang dan bertentangan perlembagaan serta norma-norma hidup bermasyarakat yang sejahtera.

Ustaz Zulkefli Embong

Yang Dipertua Isma pekan 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat