Relawan Muda ISMA bantu PAIP bekalkan 1 juta liter air bersih ke seluruh Negeri Pahang

KENYATAAN MEDIA

Relawan Muda ISMA bantu PAIP bekalkan 1 juta liter air bersih ke seluruh Negeri Pahang

Relawan Muda ISMA membantu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) membekalkan 1 juta liter air bersih kepada mangsa banjir di Pahang yang terputus bekalan air bersih dengan membekalkan tangki air statik dan lori tangki air.

Buat permulaan Relawan Muda Isma telah membantu menguruskan penghantaran dua buah lori tangki berkapasiti 70 ribu liter air bagi kegunaan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk membawa air bersih dari loji utama ke beberapa rumah air di sekitar kawasan yang terjejas dan 10 biji tangki air statik berkapasiti 2000 liter di Raub sumbangan Yayasan Maghfirah dan Aman palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh RelawanMuda ISMA .

“Terima Kasih sangat kepada ISMA kerana membantu kita, dan diharap sentiasa dapat membantu kami yang sangat memerlukan bantuan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Setakat semalam, dianggarkan sebanyak 210 ribu liter air sudah disalurkan ke seluruh negeri Pahang.
Manakala hari ini, pasukan Relawan Muda ISMA akan membawa 60 biji tangki air statik yang dipinjamkan oleh Pengurusan Air Selangor ke Temerloh dan Pekan bagi kegunaan PAIP yang bakal memanfaatkan seramai 200 ribu orang mangsa banjir di seluruh Negeri Pahang.

“Harini, pihak Pengurusan Air Selangor sudi meminjamkan tangki air statik dan kita sedang menguruskan penghantaran ke penempatan sementara mangsa banjir. Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Air Selangor, ISMA dan Yayasan Maghfirah kerana membantu PAIP, kita sangat mengalu-alukan bantuan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Ir. Roslan bin Abdul Rahman ketika ditemui semasa proses penghantaran tangki air statik menggunakan empat buah treler panjang di pejabat Pengurusan Air Selangor Selayang.

Manakala bagi Ketua Koordinator Bencana Relawan Muda, Mohd Soufi Annual kerjasama bersama PAIP ini diharapkan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi dari sudut pengurusan penghantaran tangki air statik dan lori tangki air ke Pahang.

Selain itu juga, Relawan Muda ISMA akan menggerakkan seramai 2730 orang sukarelawan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan kawasan setempat yang terjejas akibat banjir.

ISMA turut berbesar hati sekiranya ada pihak swasta, perseorangan atau sesiapa sahaja yang ingin sama-sama membantu dengan menghulurkan sumbangan wang ringgit kepada rakan kerjasama iaitu Yayasan Maghfirah (CIMB – 8603221427) dan Yayasan Ikhlas ( Maybank – 5628 3463 6228)

ISMA juga dengan hati terbuka bersedia untuk bekerjasama dengan masa-mana pihak, termasuklah NGO-NGO dan badan-badan berwajib untuk menjayakan Misi Bantuan Banjir ISMA 2021 ini.

Mohd Soufi Annual
Ketua Koordinator Bencana
Relawan Muda ISMA
10 Januari 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat