Sijil Palsu dan Jurnal Palsu, Mohon KPT Serius Ambil Tindakan

Beberapa hari lepas sebuah laporan menyatakan Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 20 negara paling aktif menerbitkan “jurnal palsu” (predatory journals).

Paling tinggi ialah Kazakhstan dengan 17% artikel seperti itu, diikuti dengan Indonesia (16.7%), Iraq (13%), Albania (12%) dan Malaysia (11.6%).

Pendedahan ini, selain memperbaharui perdebatan berhubung kualiti hasil penyelidikan daripada univesiti di Malaysia, turut menyebabkan ranking tahunan universiti Malaysia di peringkat global dipersoalkan.

Pada tahun-tahun sebelum ini, negara kita juga dikecohkan dengan menteri yang ‘kantoi’ menggunakan Sijil Ijazah palsu sehingga mendapat kecaman masyarakat yang menyoal kredibiliti semua ijazah menteri.

Verity Intelligence Sdn. Bhd (Sebuah firma pengesahan penipuan dalam pekerjaan) memberitahu bahawa mereka mengesan sebanyak 30-40 kes pemalsuan sijil akademik dalam tempoh sebulan yang mana secara keseluruhan sekurang-kurangnya 400 sijil palsu melibatkan peringkat diploma dan ijazah berjaya dikesan bagi tahun 2018. Ada juga laman web yang menjual Sijil akademik palsu dengan harga serendah RM2,000 hingga RM8,000. Bagi sesiapa yang berminat, semua peringkat akademik sedia dijual!

Tidak pasti, sejauhmana isu sijil palsu telah diambil tindakan oleh kerajaan. Kerana paling terkini yang ditemui adalah daripada laporan Mstar bertarikh 6 Februari 2017 yang menyatakan Kementerian Pendidikan Tinggi memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket atau dalang yang bertanggungjawab menjual sijil akademik palsu di negara ini. Cuma agak kurang meyakinkan kerana menggunakan perkataan “akan”.

Sindiket Sijil Palsu ini turut dibimbangi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata sudah sampai masa kerajaan perlu memikirkan keperluan untuk mempunyai satu undang-undang tegas membabitkan pemilikan ijazah palsu oleh seseorang individu kerana terutama dalam bidang kritikal seperti doktor atau kejuruteraan.

Oleh itu saya mengharapkan tindakan tegas dan serius daripada pihak autoriti khususnya Kementerian Pengajian Tinggi dalam sindiket ini, kerana ia akan memberi kesan kepada imej dan kredibiliti kajian akademik negara ini di peringkat antarabangsa.


Wafiq Azman
Presiden Pembina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat