Sikap Adun Sg. Pelek Ronnie Liu sangat biadap dan kurang ajar

Kelihatan dalam video, Ronnie Liu yang merupakan Adun Sungai Pelek di Parlimen Sepang begitu bersungguh-sungguh mempertikaikan dan cuba menghalang tugas penguatkuasa.

Sikap Ronnie selaku ‘Yang Berhormat’ adalah sesuatu yang biadap dan kurang ajar. Selaku YB sepatutnya Ronnie memberi kerjasama dan membantu penguatkuasa melaksanakan tugas mereka.
Ini tidak, bahkan merendahkan penguatkuasa dengan bertanya “Siapa you?” mendedahkan sikap sombong dan bongkak seolah-olah beliau lebih berkuasa berbanding penjawat awam.

Bahkan tindakan Ronnie yang begitu bersungguh membela penceroboh tanah haram Raub juga patut disoal kerana ia jelas melanggar undang-undang. Adakah YB ingin mengajar rakyat supaya melanggar undang-undang dan memperlekehkan pihak berkuasa?

Selain itu, kehadiran Ronnie selaku Yb di Selangor juga dipertikaikan kerana dalam situasi PKPD ini beliau sepatutnya menjaga rakyat Sungai Pelek yang susah dan bukannya membela penceroboh tanah haram.
Dan bagaimana pula Ronnie boleh merentas negeri ketika PKPD berkuatkuasa di Sg Pelek? Sepatutnya Ronnie menggunakan kebenaran merentas negeri selaku ahli politik untuk membantu rakyat bukan menyalahgunakan lesen tersebut untuk tujuan lain.

Tetapi mengenali Ronnie, tidak hairan beliau bersikap demikian kerana sebelum ini pun beliau pernah terpalit dengan isu menhadiri perhimpunan dengan bekas ahli parti komunis Malaya dan menghina YDP Agong.
Justeru itu kita menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat Ronnie dan dikenakan tindakan kerana menghalang tugas pihak berkuasa dan menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk tujuan lain.

Ustaz Ibrahim M Hasan
YDP Isma Sepang
6 Julai 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat