Solat Jumaat perlu dibuka dengan kapasiti separuh

KUBANG PASU, 9 September – Kerajaan telah mengumumkan pawagam boleh beroperasi bermula hari ini dengan kapasiti separuh daripada tempat duduk.

Perkara ini mendapat perhatian, Yang dipertua Isma Kubang Pasu, Dr. Hisham Sharif yang memberi cadangan agar masjid juga wajar dibuka terutama untuk solat jumaat dengan kapasiti separuh.

“Jika pawagam boleh dibuka begitu, dengan tempat tertutup, dan dua jam setiap sesi, maka sudah lebih dari wajar untuk buka masjid, terutamanya untuk solat Jumaat dengan kapasiti separuh.

“Jika kapasiti masjid 600 orang, boleh masuk 300 orang. Kalau buat 1/3 kapasiti pun boleh masuk 200 orang dah. Lebih ramai yang berpeluang,” katanya.

Tambah Dr. Hisham tidak wajar untuk hadkan jumlah jemaah tanpa mengira keluasan masjid, contohnya hanya 50 orang sahaja dengan dua dos vaksin yang dibenarkan.

“Mohon dipertimbangkan untuk dibuka dengan lebih luas Jumaat ini, baik di negeri Kedah atau negeri – negeri lain juga,” tambahnya lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat