Ucapan Pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun ISMA Oleh Ustaz Haji Muhammad Fauzi Asmuni, Presiden ISMA.

Yang dihormati pengerusi majlis ustaz Firdaus, Yang Berbahagia Dr . Ahmad Kamsani, Timbalan ISMA merangkap pengarah sambutan 25 tahun ISMA jubli Perak ISMA, seluruh jawatankuasa.

Tetamu-tetamu kehormat yang datang dari pelbagai badan dan pertubuhan, wakil-awakil pertubuhan, agensi, agensi bersekutu, saudara saudari hadirin hadirat yang saya hormati dan saya kasihi sekalian

Pertamanya, alhamdulilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga ke hadarat Allah swt yang telah menyampaikan kita ke hari ini.

Untuk ISMA ini adalah hari yang bersejarah, mungkin juga bersejarah untuk umat Islam di Malaysia. Kita sampai dalam sedar atau tidak sedar, usia ISMA pada hari ini sudah genap 25 tahun .

Walaupun rasa macam terlalu muda, pagi tadi Presiden Haluan mesej saya, tua dah ISMA. Saya kata tak tua abang Lah. Tapi masih remaja.

 Tapi kita amat memerlukan panduan dan nasihat daripada badan-badan yang lebih lama dan lebih tua. Jadi akhirnya kita berkembang daripada satu tahap ke satu tahap. Saya suka untuk menyebut dan kepada ahli ISMA, mungkin benda ini dah biasa dengar daripada mulut saya.

AGM 2001, kita buat dulu, Presiden yang naik berucap pada waktu itu pakai selipar. Dan kita pun tiada duit untuk menyewa dewan, kita cuma menumpang lobi seri Malaysia Taiping. Tapi akhirnya selepas beberapa tahun, meningkat keupayaan dari satu tahap ke satu tahap, bilangan ahli juga bertambah, agensi- agensi juga bertambah, aset juga bertambah dan segala-galanya, sebagai mana yang tuan-tuan tengok. Jadi semuanya ini, pada sama moga-moga adalah petanda, jemaah ini atau organisasi ini diberkati oleh Allah swt. Sebagaimana yang pernah berlaku atau diunggapkan oleh Hercules, ketika Abu Sufyan belum masuk Islam.

Di tanya kepada Abu Sufyan Ketika mereka bertemu di Baitul Maqdis.

Ditanya “adakah pengikut Nabi Muhammad itu bertambah atau berkurang. Jadi di jawab oleh Abu Sufyan “bahkan pengikutnya bertambah. Di tanya lagi oleh hercules kepada Abu Sufyan .

‘Adakah sesiapa atau daripada mereka itu murtad disebabkan marah kepada agama? Abu Sufyan berkata “tidak ada”.

Herculas kata itu adalah petanda itu adalah agama yang benar. Jadi kita harap pertambahan dan perkembangan yang berlaku pada ISMA, bukan istidraj, tetapi sebaliknya ia adalah petanda kita berada dalam landasan yang betul. Dan moga-moga untuk seterusnya dan sehingga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diberkatinya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya suka untuk berkongsi pada malam ini berkenaan tentang satu perkara yang sering menjadi kerunsingan kami dalam pimpinan ISMA, dan kita nak kongsikan kerunsingan itu untuk tuan-tuan dan puan-puan samada ahli isma atau tetamu yang datang untuk berfikir sekali. Adakah benar kerunsingan itu bukanlah tidak begitu serius untuk kita rungsingkan.

Yang menjadi kerungsingan kami di antara kami adalah berkenaan tentang suatu persoalan yang bagaimanakah caranya untuk kita memenangi pertembungan antara al-Haq dan juga al-Batil.

Ini adalah persoalan yang kita anggap sebagai persoalan masa depan yang sebenarnya adalah merupakan sebab wujud bagi sesebuah Gerakan Islam yang itu sebenarnya.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُ فَسِيرُوا۟ فِ

ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ (٣٦)

Kami telah utuskan pada setiap umat itu rasul, agar manusia penyembah Allah dan meninggalkan taghut. Jadi membawa manusia ke arah menyembah Allah itu merupakan perjuangan menuju al-Haqq. Membawa manusia mentaati tagut itu adalah perjuangan a-Batil . Adalah sejarah para Nabi, adalah sejarah pertembungan antara al-Haqq dan al-Batil dan kita memilih untuk bersama al-Haqq, kafilah kebenaran.

Tetapi persoalan yang sering merungsingkan. Apabila kita bertembung, kita akan kalah.  Istilahnya menang sekali kalah dua kali. Menang sekali kalah 3 kali, dan begitulah keadaan sehingga ke hari ini.

Jika kita melihat kejatuhan Turki Uthmaniyah pada tahun 19..Akhirnya dunia berkembang sungguh dari segi dakwah Islam semua. Tetapi sekali kena pukul dalam Arab spring berubah habis kekuatan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia. Dan termasuklah juga kita di tanah air. Jadi sekiranya mereka nak bantai sekejap boleh.

Dan begitulah juga sekarang pun. Kita dah capai tahap Islamisasi di Malaysia pada satu ketika dahulu. Tapi akhirnya, kita ambillah setahun dua. Kita senaraikan kes-kes mahkamah yang kita menang dan kita kalah. Kita senaraikan isu-isu yang masih tidak memihak kepada umat Islam. Dan akhirnya kita kata macam tak daya juga untuk menang. Jadi sebenarnya ini merupakan kerunsingan yang sangat merunsingkan.

Di sini kita sebenarnya, mungkin ini semua berpunca daripada cara kita mengukur saiz musuh tidak begitu tepat. Kita sebenarnya tidak faham sangat kekuatan musuh tu besar mana. Dan Allah dah ingatkan kita dalam al-Quran, 

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ

وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ (٦٠)

Ada lagi musuh yang selain biasa kita tengok tu yang kamu tak kenal, tapi Allah yang kenal. Jadi bila kita tidak mengenali saiz sebenar musuh. Jadi bila kita pun tak faham, dia punya perancangan sebenar. Kita pun tak faham kekuatan dia yang sebenar. Jadi daripada situ apabila kita memulakan strategi dan melakarkan sesuatu kerja akhirnya kita akan menyentuh isu-isu tertentu ataupun menangani kes-kes ataupun insiden-insiden tertentu.

Tetapi musuh dah ada perancangan yang begitu dalam yang mungkin kita tidak perasan. Jadi di sinilah tuan-tuan, kita perlu mengkoreksi dan berfikir sejenak dengan sunguh-sungguh, untuk memeriksa kembali berkenaan kita bertembung ini apa tabiatnya yang sebenarnya. Jadi apabila kita mampu untuk mengukur kekuatan musuh, daripada situ baru kita mampu buat persiapan yang sepadan. Banyak sekarang ini persiapan yang kita punya persiapan tidak sepadan. Saya runsing.

Kalau kita nak pergi ke peringkat antarabangsa la, OIC dan PBB. Boleh banding. Itu belum lagi badan-badan yang lain.

Kita sekarang seronok dengan filem Mat Kilau, tak ada apa Mat kilau ni, jika dibandingkan dengan filem-filem Hollywood. Sekali dia buat filem, 20 ke 30 filem dia boleh buat dalam masa setahun. Dia banjirkan lagi pawagan, habis tenggelam semua Mat Kilau.

Kita boleh bersorak sekejap,  tapi kita faham tak bertembungan sebenar? Jadi disini kalau kita dapat memeriksa kembali dan mengkoreksi kembali kita akan dapat menyusun semula langkah untuk mempersiapkan diri untuk betul-betul berhadapan dengan kekuatan yang sepadan.

Tuan-tuan dan puan-pan sekalian,

Kita sudah berlalu fasa yang kita sebut sebagai fasa Islamisasi. Dah berlalu fasa yang kita memberi penerangan kepada masyarakat. Dan masyarakat dah yakin dengan Islam.

Masyarakat dah tidak yakin dengan sistem barat, tetapi kita berada di satu persimpangan baru. Sebab akhirnya, masyarakat yang mengatakan sistem Barat telah rosak. Dia tanya balik, kepada golongan Islamis . Apa benda golongan Islamis nak buat?

Untuk beberapa puluh tahun kebelakangan ini kita boleh kondem sistem barat, kita boleh mengkritik sistem barat, kita boleh mengkritik falsafah barat, orang boleh terima, akur dan boleh menerima idea itu, tapi bila sampai satu peringkat. Dia nak model, dia nak projek, dia nak institusi, dia nak badan di depan mata.

Kalau kita kata sistem kapitalis, sistem bank yang menyebabkan terjerat. Ok kami setuju, sistem bank tak boleh pakai. Tapi apa sistem yang Islam nak pekenalkan? Apa dia? Bangunan yang bagaimana, sistem bentuk yang macam mana? Institusi yang macam mana?

Fasa di mana kita mengkritik sistem barat ini sudah berlalu, sudah habis. Tapi masyarakat sekarang, dia tunggu model. Model yang boleh disentuh dan dilihat yang boleh berpaut. Jadi sekarang ini cabaran adalah untuk mewujudkan projek-projek yang boleh di lihat .

Contoh yang paling mudah, bolehkah golongan Islamis, mengangkat pusat zakat sehingga ke satu tahap yang cukup dihormati oleh masyarakat.

Dan masyarakat menganggap pusat zakat merupakan penyelesian kepada segala masalah kemiskinan dan ekonomi. Kita belum sampai situ lagi.

Pusat zakat yang sedia ada pun kita masih tak sampai untuk angkat sehingga boleh menyakinkan masyarakat. Sistem wakaf boleh menyelamatkan banyak masalah orang Islam ini. Tapi apa bentuk wakaf yang boleh kita bangunkan yang akhirnya masyarakat boleh berpaut kepada institusi wakaf.

Dan akhirnya orang faham wakaf tandas, wakaf al-Quran. Orang tak akan fikir bahawa umat boleh melahirkan satu universiti percuma macam al-Azhar dengan sistem wakaf. Ada tak institusi yang boleh dibangunkan sistem wakaf macam al-Azhar.Saya pernah bersembang dengan Rektor KUIS, beliau mahu bangunkan KUIS dengan system wakaf macam al-Azhar. Ramai pelajar yang lahir dari al-Azhar yang yurannya RM 3 setengah setahun. Dia ada sistem wakaf yang tersendiri. Institusi itu kita tidak mampu nak bangunkan di peringkat negara kita pun. Jadi akhirnya manusia terus berpegang pada sistem sedia ada.

Jadi membangkitkan semula atau menyusun semula projek-projek yang boleh dilihat ini merupakan cabaran baru. Barat sentiasa mengekang umat Islam supaya dia tidak lari daripada tasawur. Tasawur ini dia (barat) akan biarkan kita bercakap mengenai teori Islam. Dia tidak kisah pun kita bercakap mengkritik teori barat. Tetapi dia tak akan bagi kita untuk mengembangkan institusi. Sebab institusi adalah sesuatu yang akan mengikat masyarakat. Jadi dia tidak akan benarkan mana-mana umat Islam membangunkan institusi.

Dan yang berlaku sekarang lebih teruk daripada yang saya sebutkan ini kerana institusi yang sedia ada pun cuba dimusnahkan. Kalau tuan-tuan dalam bidang guaman. Kita tengok cubaan untuk menidakkan bidang kuasa Mahkamah Syariah makin lama makin kuat. Dan begitu juga apa yang berlaku kepada jabatan-jabatan agama dan majlis-majlis fatwa. Jadi institusi yang sedia ada pun akan dikecilkan dan sampai satu peringkat orang tak akan hormat pun. Jadi apa tah lagi, sekiranya kita nak pergi ke arah membangunkan institusi baru. Lagi la tak boleh.

 Tapi kita nak bercakap tentang tasawur bercakap la. Nak bercakap tentang Islam cakaplah. Dia hanya kekang Islam hanya pada teori. Jadi umat Islam nak berteori silakan. Tapi kalau kita nak mewujudkan satu institusi lengkap, satu rantaian ekonomi lengkap Islam. Dia tak akan bagi. Satu rantaian Pendidikan Islam yang lengkap pun dia tak akan bagi. Tapi tasawur dia akan bagi. Bercakaplah, kritiklah tiada masalah.

Bangunkan institusi dia tak akan bagi. Jadi ini cabaran kita. Jadi saya di sini antara lain. Saya menyeru sungguh-sungguh supaya kesatuan di antara badan-badan Islam, NGO-NGO Islam segala tokoh-tokoh kita tujukan bukan lagi ke arah kesepakatan pada tasawur. Tapi an lagi bersepakat pada kefahaman Islam tu .Tapi bersungguh-sungguh sepakat dalam hal projek yang boleh dilihat di depan mata. Dan boleh dijadikan sebagai tempat berpaut oleh masyarakat. Kita ada cubaan, Malakat Mall itu contoh. Kalau kita berjaya buat itu secara bersungguh-sungguh, kesannya kepada masyarakat Islam akan lain. Tapi kalau kita tidak berjaya, akhirnya kita akan berpusing pada satu tempat yang sama. Jadi ini merupakan cabaran.

Kalau kita dalam Isma runsing, tidak jumpa cara. Cuba buat itu, cuba buat ini tak jumpa cara. Bukan sesuatu yang mudah. Tasawur senang. Pergi jumpa orang kritik barat, itu mudah. Tapi nak membangunkan satu institusi atau satu badan yang boleh menjadi satu alternatif kepada institusi sedia ada, yang sekarang mengekang masyarakat, itu bukan sesuatu yang mudah. Jadi inilah cabaran kita pada masa akan datang.

Jadi sebab itu tuan-tuan. Saya rasa kita perlu duduk bersama. Tak kira apa badan  untuk melakar projek jangka panjang.  Kita tidak boleh mengurus pada isu-isu semasa sahaja. 50 ke 60 persent tenaga mesti dihalakan pada projek jangka panjang. Projek barat berjaya kerana tumpuan mereka kepada jangka panjang itu besar. Kita semua faham projek 100 tahun Israel Kubra. Kita semua faham semua projek Syiah. Dan itu semua projek 100 tahun (Israel Raya). Dan cuba kita tengok, 1897 memang betul berlaku seperti yang mereka rancang.

Dan bukan satu ganerasi tetapi beberapa ganerasi. Jadi kita pun perlu ada satu projek jangka panjang yang kita wariskan kepada ganerasi seterusnya. Mustahil kemenangan Islam boleh berlaku dalam satu ganerasi. Kita belajar daripada sirah pun begitu. Adalah mustahil kemenangan Islam berlaku pada satu ganerasi sahaja. Dia mesti beberapa ganerasi. Tetapi apakah panduan yang akan memandu ganerasi seterusnya? Rancangan jangka panjang yang disepakati oleh umat Islam bersama. Yang diwariskan oleh umat Islam dari pertubuhan kepada ahli pertubuhan masing-masing.

Jadi kita bergerak dengan nada yang sama untuk satu tempoh yang panjang dan ganerasi yang sama juga bergerak dengan nada yang sama untuk tempoh yang seterusnya.

Yang penting kita lakukan apa yang kita boleh, dan beri kepada umat Islam pada kadar yang kita mampu.

Jadi saya ucapkan ahlan wasahlan, selamat datang kepada semua. Insyallah 7.7 2022 genap 25 tahun ISMA.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat