Hakikat Kemerdekaan

1- Hak disembah perlu dikembalikan kepada Allah s.w.t semata-mata dan setiap perkara dalam kehidupan perlulah berpaksikan kepada keredhaan Allah s.w.t dan bukannya keredhaan dan kehendak manusia. Inilah hakikat kemerdekaan sebenar.

2- Renungi kata-kata Ribie bin Amir kepada panglima perang Parsi ketika peperangan Qadisiah.

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومنضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله

“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”

3- Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan kepada manusia dan kembali kepada Allah s.w.t. Umat Islam perlu membebaskan diri mereka daripada segala ideologi sesat dan kehendak manusia (humanisme) yang tidak selari dengan syariat Islam.

4- Hakikatnya penjajahan bukan hanya berlaku dalam bentuk fizikal tetapi juga pemikiran. Sebahagian manusia bebas dari sudut fizikal tetapi minda mereka terjajah. Muslim hidup dalam kerangka HAM (Hak asasi manusia) acuan barat yang berasaskan kepada fahaman humanisme dimana setiap kehendak manusia perlu ditunaikan.

5- Fahaman-fahaman seperti liberalisme, sekularisme, hedonisme, humanisme. chauvanisme, sosialisme, kapitalisme dan pelbagai lagi ideologi yang bertentangan dengan syariat Islam perlu ditolak. Segala yang bertentangan dengan syariat adalah berasaskan kepada syaitan dan nafsu.

6- Umat Islam perlu memerdekakan diri daripada menuruti syaitan dan nafsu. Semoga umat Islam kembali kepada Allah s.w.t dengan berpegang kepada prinsip berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Selamat Hari Kemerdekaan.

Ustaz Mus’ab Norkefli
Naib Yang Dipertua ISMA Hulu Langat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat