Wanita ISMA Johor Bahru turun padang membantu mangsa banjir

Oleh :Siti Asmaliza binti Basuni

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Seramai 9 orang aktivis dan sukarelawan Wanita ISMA Johor telah mengambil inisiatif murni membantu mangsa banjir menerusi Misi Bantuan Banjir di Skudai baru-baru ini.

Aktiviti yang diadakan di Kampung Laut Batu 10 dan Kampung Skudai Kecil tersebut melibatkan kerja-kerja pembersihan 2 buah rumah yang terjejas serta agihan sumbangan berupa 100 unit keperluan makanan asas kepada mangsa banjir.

Ketua Wanita ISMA Johor berkata, misi kemanusiaan ini diadakan dengan matlamat untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir.

Di samping itu, kehadiran sukarelawan juga diharap dapat mengurangkan beban perasaan dan emosi yang ditanggung oleh mereka.

Misi ini akan diteruskan oleh Wanita ISMA Johor dari semasa ke semasa. Oleh itu, sumbangan berterusan daripada masyarakat amatlah diharapkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat