Wanita Isma Seremban turun padang serah bantuan Bakul Kasih Ramadan

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

SEREMBAN – 21 Mei, serahan bantuan Bakul Kasih Ramadan Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban dengan kerjasama Yayasan Ikhlas bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan diteruskan lagi di sini.

Wakil Wanita Isma Ikatan Muslimin Malaysia Isma Cawangan Seremban tidak ketinggalan untuk turun bertemu masyarakat bagi menyampaikan bantuan ini.

Sumbangan Bakul Kasih Ramadan sempena kedatangan Syawal ini telah berjaya diserahkan kepada keluarga di kawasan Rembau, Kg Pantai, Gedung Lalang 162 dan Flat di sekitar Senawang semalam.

Kebanyakan penerima adalah ibu-ibu tunggal. Ada yang bergaji kecil dan terpaksa menanggung keluarga dengan anak-anak yang masih bersekolah, menjaga ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan, menjaga warga emas serta mereka yang kurang upaya, tidak kurang mereka yang diuji dengan ditinggalkan suami tanpa nafkah.

Moga beban mereka yang diuji Allah dengan ujian hidup sebegini dapat diringankan dan dibantu melalui bantuan yang tidak seberapa ini.

“Kejayaan serahan demi serahan pada tahun ini adalah hasil kerjasama yang erat dan keperihatinan yang tinggi sesama masyarakat di tanahair tercinta ini,” ujar Ustazah Khasliza Sapuan, Ketua Wanita Isma Seremban.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, moga Allah balas kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan di sisiNya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat