YDP Isma Gombak adakan kunjungan hormat ke Pejabat KPD Gombak

Oleh Hassriq Hafize

SELAYANG, 8 Ogos-  Ketua Polis Daerah Gombak, YDH ACP Arifai bin Tarawe menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak di Pejabat Ketua Polis Daerah Gombak, semalam.

Kunjungan diketuai Yang Di Pertua ISMA Gombak, Tuan Haji Abdul Samad bin Ashaari bersama Ketua Wanita ISMA Gombak, Puan Noorhafizah binti Ismail, Ketua Biro Dakwah, Tuan Suria Affendi Bin Amirrudin, AJK Biro Pemuda, Encik Hassriq Hafize dan Pengawai Eksekutif ISMA Gombak, Cik Nurhanisah Binti Japril.

Dalam kunjungan selama satu jam itu, pelbagai perkara turut dibincangkan mengenai isu-isu keselamatan serta program kerjasama yang dapat diwujudkan bersama.

ISMA Gombak turut menjelaskan peranan selaku NGO yang sentiasa menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan bersama komuniti Gombak selain perancangan kerjasama dengan agensi kerajaan negeri.

Tuan Haji Abdul Samad berkata, pihaknya membuat pertemuan ini bagi mengukuhkan hubungan bersama kepimpinan tertinggi IPD Gombak.

“Tujuan kita adalah mahu mengeratkan silaturahim dengan Polis Diraja Malaysia khususnya dan mencari peluang bekerjasama untuk mendidik komuniti dan mengurangkan kes jenayah di sekitar Gombak.


“Kita mempunyai banyak program dalam membantu masyarakat terutama golongan pemuda, wanita dan kanak-kanak.

“Program yang kita tawarkan lebih bersifat mendidik komuniti dan kita akan membantu IPD Gombak menyampaikan maklumat kepada umum mengenai usaha mengurangkan kes jenayah di kalangan masyarakat ini,” katanya selepas kunjungan hormat berakhir.


Beliau menjelaskan akan mengadakan pertemuan susulan selepas kunjungan itu untuk kerjasama selanjutnya.

Tuan Haji Abdul Samad berkata, ISMA Gombak berbesar hati dan berterima kasih kepada Ketua Polis Daerah Gombak, YDH ACP Arifai bin Tarawe yang sudi menyambut kedatangan mereka disamping memberi peluang kerjasama di masa akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat