5 ahli ISMA Subang Jaya terima tauliah JAIS

Oleh: Afzal Eizaaz Abdul Ghani

SUBANG JAYA, 31 Julai – Serama 5 orang ahli ISMA Cawangan Subang Jaya berjaya memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), baru-baru ini.

Mereka ialah Ustaz Ahmad Naim Bin Mohd Rais, Encik Ahnaf Bin Qais, Ustazah Siti Khairanie Binti Amran, Puan Maizatul Arniza Binti Mohd Badri dan Puan Alia Nurfarahain Binti Mohd Rujhan.

Tiga daripada mereka berjaya memperoleh tauliah untuk mengajar Al Quran manakala dua lagi ahli ISMA Subang Jaya berjaya memperoleh tauliah untuk mengajar Fardhu Ain.

Menariknya, tiga daripada lima orang ahli ISMA Subang Jaya tersebut tiada gelaran Ustaz mahupun Ustazah berjaya memperoleh tauliah tersebut.

Yang Dipertua ISMA Subang Jaya, Ustaz Muhd Farhan Muhd Fadhil berharap agar pertambahan ahli-ahli yang memiliki tauliah ini mampu menyantuni masyarakat yang memerlukan didikan agama.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *