6 Pengajaran Peristiwa Israk Mikraj

1. BAITUL MAQDIS ADALAH HARTA UMAT ISLAM

Bumi palestin adalah bumi barakah yang menjadi tempat pilihan Allah untuk berlakunya peristiwa penting dalam sejarah iaitu Israk Mikraj. Ini membuktikan tanah suci ini dimuliakan Allah dan wajib dipertahankan oleh semua umat Islam.

2. MENGAKUI KEBESARAN ALLAH DAN KEHEBATAN KERAJAANNYA

Allah telah memperlihatkan kepada Rasulullah saw keagungan kerajaanNya yang tiada terbatas. Peristiwa ini mendidik manusia untuk merasa diri kerdil di hadapan Allah swt dan mengakui hakikat diri sebagai hamba Allah.

3. KEPENTINGAN SOLAT FARDU LIMA WAKTU

Rasulullah saw telah menerima perintah solat Fardhu secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding ibadah yang lain.

4. MENJAUHI PERKARA MUNGKAR DAN YANG DILARANG

Semasa Israk Mikraj , Rasulullah saw dibawa meninjau suasana di neraka dengan pelbagai bentuk balasan dan penyiksaan ke atas orang-orang yang ingkar kepada Allah. Ini memberi iktibar kepada kita supayamenjauhi perkara yang dilarang oleh Allah swt.

5. GALAKAN UNTUK SENTIASA MEMINTA KEPADA ALLAH SWT

Peristiwa Nabi berulang alik berjumpa Allah swt untuk meminta keringanan waktu solat memberi gambaran kepada kita supaya tidak jemu memohon doa kepada Allah dan tidak mudah berputus asa dalam meminta ALlah untuk mengabulkan doa dan permintaan kita.

6. KESEDIHAN TERHADAP DUNIA, PENGUBAT RINDUNYA ADALAH ALLAH SWT

Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah untuk mengubati hati dan kesedihan Nabi Muhammad saw setelah melalui ujian besar dengan kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda , Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah swt sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

 

Ustazah Noraidah Abd Muner

Aktivis Isma Nilai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat