PENTINGNYA PERANAN YANG DIPERTUAN AGONG, PERTAHANKAN INSTITUSI BERAJA

Selama ini ada sesetengah kelompok yang memperlekeh malah menghina peranan Yang Dipertuan Agong (YDPA), tetapi lewat kini ramai yang melihat betapa pentingnya peranan YDPA di saat kemelut politik yang melanda Malaysia.

YDPA sebenarnya adalah Ketua Negara ini, yang mana Perdana Menteri dan jemaah menteri hanyalah bertindak sebagai badan eksekutif untuk menjalankan pemerintahan bagi pihaknya berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ini bertepatan dengan perkara 181(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa kuasa dan kedaulatan raja-raja akan terus berkekalan

Tidak seperti negara lain, Malaysia walau dalam kemelut politik paling dasyat sekalipun, kita masih aman kerana ada YDPA yang menjadi tunjang negara.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pula dari segi peribadi mempunyai sikap yang prihatin kerana sering dilihat berhenti dipertengahan jalan untuk meninjau keadaan kemalangan jalan raya yang melibatkan rakyat jelata.  

Terkini, baginda sendiri mengagihkan makanan segera kepada petugas media yang datang membuat liputan di istana negara.

Sebagai rakyat Pahang, saya berasa terharu, bangga dan bersyukur sekali kerana dikurniakan raja yang berjiwa rakyat.

Namun, ada di antara kumpulan, parti dan individu yang tidak berterima kasih atau lebih sesuai digelar tidak tahu diuntung.

Hal ini kerana mereka bukan hanya menghina Seri Paduka Baginda malah sekian lama berkomplot untuk meruntuhkan sistem Raja Berperlembagaan, membawa agenda komunis, mencabar Islam sebagai agama Persekutuan, mempersoalkan hak istimewa orang Melayu serta macam-macam lagi perjuangan pintu belakang untuk meruntuhkan tiang seri negara iaitu Islam, Raja dan Melayu.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia khususnya Melayu dan Bumiputera, kita haruslah mempertahan institusi beraja yang menjadi tonggak negara.

Pasa masa yang sama bersyukur memiliki kerana memiliki ketua negara yang amat prihatin dengan nasib rakyat jelata dan bijak mentadbir negara.

Daulat Tuanku! Sembah patik harap diampun. Selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih Allah pinjamkan, patik sedia berkhidmat untuk Tuanku demi kedaulatan bangsa ini, kemakmuran negara tercinta ini, demi mencari redha Sang Maha Pemberi, Yang Maha Kuasa Allah SWT Rabbul Jalil.

Hj Omar Kassim
26 Februari 2020

JKP Ikatan Muslimin Malaysia 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat