Kecil di mata dunia, tapi besar di hati kita semua

KECIL DI MATA DUNIA, TAPI BESAR DI HATI KITA SEMUA

1. Malaysia merupakan negara pengeluar minyak yang kecil di dunia

2. Dianggarnya pengeluaran minyak mentah Malaysia sekitar 650-750 ribu tong sehari pada keadaan normal. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ke-28 dunia

3. Jika dikira dari 100 juta tong sehari yang merupakan pengeluaran dunia, sumbangan Malaysia tidak sampai pun 1%

4. Manakala penggunaan Malaysia pula dianggarkan 700 ribu tong sehari. Malaysia merupakan pengguna minyak mentah ke-28 terbesar dunia

5. Ini menjadikan secara keseluruhan Malaysia adalah negara pengeksport minyak (net exporter). Lebihan pengeluaran hanya sekitar 50 ribu tong sehari

6. Simpanan minyak mentah (proven reserve) Malaysia ialah sebanyak 3.6 billion tong (data tahun 2016) yang hanya mewakili 0.2% daripada jumlah simpanan minyak mentah dunia

7. Berdasarkan kadar penggunaan semasa pada tahun 2016, jumlah simpanan ini dianggarkan mampu bertahan sehingga tahun 2030. Namun begitu, selepas tahun 2016 terdapat telaga-telaga minyak baru yang ditemui

8. Malaysia juga tidak berada dalam Organisation of Petroleum Exporter Countries (OPEC). Penglibatan dalam OPEC+ juga agak minima sebagai negara ahli yang kecil

9. Walaupun kecil di mata dunia, namun industri minyak dan gas kekal merupakan sumber pendapatan penting negara. Syarikat minyak dan gas negara telah berada di lebih 30 buah negara dunia dengan kekuatan staf yang telah mencecah 50 ribu orang

10. Biarlah kita kekal kecil dalam peta dunia namun kelestarian ekonomi negara tidak putus-putus menyantuni seluruh rakyat di tanah pertiwi yang penuh dengan berkah ini.

 

Ir Hj. Muhammad Lukman Al-Hakim bin Muhammad

JKP Isma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat