Perbuatan songsang LGBT bukan “victimless crime” atau “jenayah tanpa mangsa”. Hakikatnya, perbuatan nafsu songsang LGBT mempunyai begitu ramai mangsa.
Mangsa pertama adalah diri sendiri. Mereka mendedahkan diri kepada risiko penyakit berjangkit pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada manusia normal. Malahan, mereka juga terdedah kepada kadar penyakit mental dan bunuh diri yang lebih tinggi berbanding manusia normal.
Mangsa seterusnya adalah suami atau isteri masing-masing. Sebahagian daripada pengamal amalan terkutuk ini sudah pun berkeluarga. Mereka pulang ke rumah membawa bahaya kepada suami atau isteri dan anak-anak, sama ada risiko penyakit berjangkit seperti HIV atau lebih parah kesan keruntuhan moral dalam keluarga.
Mangsa seterusnya adalah negara. Kerajaan, terpaksa menanggung kos pemberian PrEP HIV kepada mereka dan pasangan yang tidak bersalah daripada dijangkiti HIV.
Sektor kesihatan awam juga dihimpit beban perawatan secara berterusan sekiranya mereka dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV dan penyakit kelamin akibat daripada gaya hidup songsang.
Bukan itu sahaja, mereka turut menjadi beban moral kepada masyarakat.
Dari sudut Islam, jenayah yang dilakukan secara suka sama suka, turut dihukum seperti berzina. Bahkan peminum arak juga boleh dihukum walaupun perkara tersebut dilakukan berseorangan.
Jadi, tidak wujud konsep pengamal LGBT terlepas hukuman atas sebab perbuatan dilakukan secara suka sama suka. Bahkan perbuatan sonsang tersebut bukan “dosa peribadi” antara pelaku dengan tuhan dan tidak memerlukan campur tangan pihak berkuasa atau kerajaan.
Oleh sebab itu, keseluruhan Ummah harus bekerjasama untuk mengekang dan menyelesaikan masalah ini:
i. Ahli-ahli politik perlu mengetepikan perbezaan politik dan sama-sama berganding bahu untuk menggubal undang-undang agar amalan sonsang ini dapat dihapuskan dan pelakunya dihukum
ii. Masyarakat perlu berterusan melakukan dakwah agar fahaman sonsang tidak tersebar dalam masyarakat.
iii. Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan harus mengambil tindakan disiplin ke atas penjawat yang terlibat dalam amalan sonsang.
iv. Pihak media harus menghentikan normalisasi amalan sonsang, termasuk menjadikan bahan jenaka perbuatan yang terkutuk seperti lelaki berpakaian seperti perempuan.
Dr. Mohd Eqwan bin Mohd Roslan
Pengarah Komunikasi ISMA


