Adakah Israel Ikhlas Dengan Penyelesaian Dua Negara (Two States Solution)?

Pemulisan saya ini adalah sebuah naratif bagi kita teliti semula pelan pendamaian ‘Two States Solution’ susulan kenyataan TS Muhyiddin dan bagi menjawab persoalan golongan pro ‘Two States Solution’
Mohon disebarkan agar naratif ini dapat membentuk kefahaman umat islam Malaysia tentang muslihat ‘Two States Solution’

Adakah Israel benar-benar menginginkan dan mengharapkan penyelesaian secara ‘Two States Solution’.?
Penulisan dan fakta ini bakal membuka mata anda terhadap niat buruk dan penipuan yang dijalankan Israel yang selama ini berselindung di sebalik ‘Two States Solution’

1. Tahukah anda, sejak 2010, Israel telah menubuhkan 288 penempatan haram Yahudi beserta pos kawalan tentera di tanah rakyat Palestin yang bertahan di Tebing Barat. Pertambahan ini adalah sebanyak 42% dari pencapaian asal mereka membuka penempatan haram sejak 1948. Senarai lokasi pos kawalan di gambar rajah pertama.

Kegiatan haram sepanjang 10 tahun ini hampir menyamai separuh dari tempoh usaha 60 tahun mereka menjarah tanah rakyat Palestin. Bermaksud di sini, usaha yang mereka jalankan, meningkat secara drastik hari demi hari secara terancang.

Malah tindakan ini, sebenarnya telah dilabel oleh PBB (merujuk kepada peta sempadan 1967) sebagai aktiviti haram yang melanggari undang-undang antarabangsa.

Dalam tempoh yang sama ini jugalah Israel bermain-main dalam gelanggang ‘rundingan’ Palestin-Israel kononnya inginkan pendamaian dan penyelesaian, dalam masa yang sama berterusan menjalankan kerja pencerobohan tanah terhadap orang Palestin di Tebing Barat.

2. Pencerobohan yang dilakukan ini juga bukan semata-mata merujuk kepada aktiviti gangguan penduduk haram yahudi terhadap wilayah Tebing Barat. Malah, kerajaan haram Israel, turut memberi insentif dan stimulus dalam bentuk kewangan kepada rakyat Israel yang sanggup tinggal dan menduduki tanah-tanah baharu yang berjaya dirampas.

Insentif yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan kewangan kepada rakyat yahudi untuk membeli rumah termasuk faedah cukai bernilai hampir RM 300,000 bagi setiap pembayar cukai yang telah dijalankan di 30 penempatan haram baharu yahudi di Tebing Barat.

Tidak cukup itu juga, syarikat-syarikat atau industri pembuatan yang ingin membuka kilang di kawasan yang baharu dirampas turut diberikan bantuan kewangan bagi menubuhkan kilang dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Ini adalah termasuk sewaan tanah pada harga yang murah dan bantuan elaun gaji kepada pekerja-pekerja yang berkhidmat di syarikat/kilang tersebut.

Usaha inilah yang telah berjaya mengubah demografi taburan mengikut bangsa di Tebing Barat. Di mana pertambahan penduduk haram yahudi berlaku dengan sedikit demi sedikit hingga bangsa arab Palestin menjadi minoriti di tanah sendiri. Lambat laun membawa kepada kelemahan politik orang arab Palestin dalam gelanggang demokrasi Israel.

3. Penempatan haram baharu yang dibina, bukan sekadar bertambah. Malah lokasi untuk membina penempatan haram turut telah dirancang secara strategik bagi memaksimumkan kesan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Peta di bawah menunjukan lokasi kependudukan haram yahudi beserta laluan jalan utama yang menghubungkan rakyat Palestin dengan bandar-bandar utama serta tanah-tanah pertanian. Kependudukan Yahudi secara haram telah menghasilkan blockage berbentuk akses ke bandar, dan tanah pertanian di mana pertanian merupakan antara aktiviti ekonomi utama orang Palestin di sana.

Kependudukan haram secara strategik ini pada akhirnya telah menambah dan meluaskan jurang ekonomi rakyat Palestin dan penduduk haram Yahudi. Rakyat Palestin sudah semestinya tidak dapat manfaat ekonomi dan kekayaan, akhirnya membawa kepada kemiskinan secara terancang dan beransur-ansur.

4. Insiden pengusiran rakyat Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah minggu lepas hanyalah satu contoh pengusiran dari siri-siri pengusiran orang Palestin oleh penduduk haram Yahudi dari tanah mereka sendiri. Sedar atau tidak, itulah insiden dan tragedi yang sama berlaku sejak hampir 70 tahun yang lepas.
Anda masih rasa Israel ikhlas dengan penyelesaian dua negara (Two States Solution)?
Fikir-fikirkan.

 

Nizzal Syafiq
Ketua Biro Kepimpinan
Pemuda ISMA

 

Sumber:
Eyal Hareuveni and Dror Etkes, 2021,This Is Ours – And This, Too, Isr@@el Settlement Policy in the West Bank. Retrived at https://www.btselem.org/…/202103_this_is_ours_and_this_too

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat