“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan
sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah mengerahui bahawa pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu.
Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.” Demikianlah syair pencetus semangat yang dialunkan Khansa’ buat keempat-empat putera kesayangannya sebelum perang menentang tentera Farsi di bawah pimpinan Khalifah Umar Al-Khattab pada sekitar tahun 14H. Terjemahan ke dalam bahasa melayu ini dirasakan tersangatlah indah,apatah lagi kalam asalnya adalah dalam bahasa Alquran iaitu Bahasa arab. SubhanaAllah, sekiranya kita tinggal dalam zaman ini, pasti terpukau setiap kali mendengar bait-bait syair hebat Khansa’.
Seorang wanita tua ,tetapi jiwanya sentiasa muda dan api keimanan dalam dirinya sentiasa menyala-nyala bak api yang sedang membara disimbah minyak tanah.Khansa’ adalah penyair wanita pertama dan utama. Beliau penyair dua zaman, iaitu zaman Jahiliah dan zaman Islam. Khansa’ merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai dalam kalangan masyarakat Arab.
Sebelum keislamannya, beliau pernah bersyair mengenangkan kematiannya saudaranya, Sakhr.
“Setiap matahari terbit, ia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap kali matahari hilang di ufuk barat.Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang yang menangis disampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.” Khansa’ bintu Amru, bukanlah wanita biasa. Bukanlah wanita yang hanya mendendangkan syair – syair arab sebagai hobi atau kebanggaan. Beliau melaungkan syair-syair berteraskan prinsip keislaman, ketauhidan dan ketakwaannya yang mantap terhadap Allah.
Para sejarawan bersepakat bahawa sejarah tidak pernah mengenal wanita yang lebih hebat bersyair daripada al-Khansa’, sebelum mahupun sepeninggal dirinya. Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan bagi menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Seorang susuk tubuh yang sama seperti wanita lain, tetapi kejituan hati dan semangat mendorong seorang ibu tua ini untuk membangkitkan semangat jihad buat putera-puteranya agar kekal berani dan jaguh dalam medan peperangan.
Sejak kecil lagi,Khansa’ telah mengajarkan anak-anaknya agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Beliau menyambung lagi, beliau membacakan ayat dari surah Al Imran yang bermaksud, “ Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera khansa’ tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda tercinta yang amat disayangi.
Seterusnya Khansa’ berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, dan berada dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak,masuklah kedalamnya.
Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya,semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi ,dan tempat yang kekal”Maka tibalah hari peperangan, bertempurlah pejuang-pejuang Islam berhabis habisan.Pada hari ketiga , bermulalah pertempuran secara besar besaran, 41,000 orang tentera Islam melawantentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang.
Khansa tidak ketinggalan ikut serta dalam perang.Beliau mencanangkan semangat berjuang melalui kalam-kalam syair hebatnya dan membantu merawat pejuang-pejuang Islam yang tercedera dalam peperangan. Berkat dorongan dan nasihat daripada bonda tercinta, putera-putera Khansa tidak sedikit pun gentar dan berasa takut. Setapak demi setapak mereka mara bagi merebut peluang meraih syurga. Sambil pedang dikibas-kibas, salah seorang dari mereka bersyair, “Hai saudarasaudaraku! ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan bersemangat Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.” Kemudian,setiap musuh yang datang ditetak-tetak. Disusuli pula oleh anak kedua maju sambil bersyair,
“Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami. Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati. Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama sehingga kau lihat keluarga Khansar musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang .Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang. Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri .Mari segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri! Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya beliau pun bersyair, “Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal.
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku. ”
Sangat sengit pertempuran antara Umat Islam dan tentera parsi dalam perang Kudaisiah ini, namun akhirnya kemenangan berpihak kepada umat Islam. Seramai 7000 tentera Islam bergelar syahid dan tiada yang lebih layak melainkan syurga tempat mereka bagi yang berjuang kerana Allah. Seusai perang, Khansa diberitahu tentang kesyahidan 4 orang puteranya.
Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!” Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia.”
Demikianlah kisah empat beradik syuhada, putera-putera kepada seorang wanita tua yang hebat. Hasil didikan seorang ibu tua mampu melahirkan anak-anak yang tidak takut mati dalam kehidupan memperjuangkan akidah Islam.
Rugilah kita sekiranya hanya mampu membaca kisah ini semata-mata tanpa menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan Khansa’ sebagai tokoh ikutan dan motivasi kepada diri yang serba banyak kekurangan.
Khansa’ telah membuktikan peranan penting seorang wanita dalam perjuangan menentang taghut. Khansa’ telah membuktikan setiap kelebihan pada diri adalah sesuatu yang perludimanfaatkan. Khansa’ telah membuktikan kefahaman kepada Islam dan tauhid yang mantapmampu menukarkan seseorang yang hebat di zaman Jahiliah kepada seorang yang lebih hebat dizaman Islam.
Khansa’ juga telah membuktikan tetap pendirian dalam membuat keputusan dan keyakinan terhadap Sang Pencipta melebihi segala-galanya. Beliaulah sumber aspirasi putera puteranya. Apabila keimanan telah menetap didalam hati, apa sahaja halangan taghut pasti berjaya ditempuh dan akhirnya menempah husnul khatimah dan sesungguhnya itu adalah sebaikbaik cara kematian.
Khansa’,seorang wanita tua, namun didikan sorang wanita ini melahirkan para syuhada. Bukan seorang namun kesemua anaknya. Tepuk dada tanya hati , bagaimana didikan kita terhadap anak-anak kita. Kita mendidik mereka untuk ke mana akhirnya? Apakah pegangan hidup kita, suami dan anak-anak?. Perjuangan bermua dari rumah. Ya, benar sangat kata-kata ini dan sangat bermakna terutama bagi wanita-wanita. Mungkin tidak mampu bekerja atau keluar berdakwah secara habis habisan, namun anak yang menjadi amanah di rumah sentiasa menanti didikan, tauladan, qudwah kita dalam segala aspek kehidupan. Gunalah kelebihan, kemahiran,kepakaran yang ada dalam diri untuk menyumbang kepada Islam walaupun nampak kecil di sisi
manusia di bumi, namun nampak besar oleh penduduk langit.
Nah! Sudah banyak syair Khansa didendangkan, kisah -kisah sahabiah dibacakan, ceramah ceramah, tazkirah-tazkirah didengarkan, ayuhlah sama-sama menanam dalam diri untuk menjadiseorang Khansa’ buat diri, suami, Ibu bapa, anak-anak kita seterusnya mendapat tempat disyurga kelak dan dikumpulkan bersama-sama Rasulullah, para sahabat, para syuhada serta parapejuang Islam. Andai bukan kita yang berada di zaman kegemilangan Islam, haruslah dalam hatiada niat dan azam agar cucu cicit warisan kita yang akan menjadi sebahagian yang menyebarkan panji keagungan Islam kelak. InsyaAllah.
Ustazah Rafikah
Ketua Wanita Isma Temerloh