Allah Bangga dengan PEMUDA
Salah satu Golongan Manusia Yang Mendapat Naungan Di Hari Akhirat adalah PEMUDA beriman dan bertaqwa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلَاءٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسْجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا قَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda; “Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-NYA pada hari kiamat, di hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-NYA, iaitu;
1- Imam yang adil,
2- Pemuda yang sentiasa dalam beribadah kepada Allah,
3- Seseorang yang senantiasa mengingat Allah ketika bersendirian sehingga matanya berlinang,
4- Seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
5- Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,
6- seseorang yang diajak berzina oleh wanita bagsawan dan rupawan, namun ia menjawab; ‘Saya takut kepada Allah’,
7- serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu terhadap amalan tangan kanannya.” (HR Bukhari)
Ustaz Fahmi Bazlan
AKADEMI QURAN AT-TARTIL
ISMA SUBANG JAYA