Allah Laknat Pelaku Maksiat

Seruan khusus kepada pelakon Melayu Islam.
Berhati-hatilah dalam memilih watak dan tawaran lakonan. Pilihlah kemuliaan dan kesucian jiwa. Jangan pilih watak yang menjatuhkan maruah dan harga diri walau berapa pun tawaran bayarannya. Laknat Allah diisytiharkan oleh Rasulullah saw kepada pelaku maksiat yang mempertontonkan maksiatnya kepada manusia.
كل أمتي معافى إلا المجاهرين
“Setiap umatku diampunkan dosa mereka kecuali golongan ‘mujahirun’ (golongan yang melakukan maksiat dan mempertontonkannya kepada orang ramai).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pintu taubat terbuka luas kepada penerbit, pelakon dan yang bersekongkol dalam mempamerkan kelucahan. Apa yang dipersembahkan jika ditiru oleh masyarakat mengundang satu lagi ancaman Allah:
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنْصَرُونَ
“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.”
(Al-Qasas: 41)
Ya Allah, peliharalah umat ini dari kemurkaanMu ….

Dah padam video, Zul Ariffin ‘back to work’

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Isma
20 Mac 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat