Apakah Maksud Tarwiyah?

Hari ini kita sudah memasuki 8 Zulhijjah di mana kita sedia maklum bahawa ia juga dikenali dengan Hari Tarwiyah. Tarwiyah bererti merenung dan berfikir. Hal tersebut berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim AS yang menerima mimpi pada malam 8 Zulhijjah. Dalam mimpi tersebut beliau diperintahkan Allah SWT untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim ragu atas mimpi tersebut. Apakah mimpi yang dialami benar-benar berasal dari Allah SWT atau mainan syaitan. Hal tersebut membuat beliau berfikir dan merenung.

Pada malam 9 Zulhijjah, Nabi Ibrahim AS kembali mengalami mimpi yang sama, iaitu menyembelih anaknya. Hal tersebut mulai menimbulkan keyakinan dalam hati Nabi Ibrahim AS bahawa perintah ini benar2 dari Allah SWT.Akhirnya, Nabi Ibrahim AS menyampaikan mimpi tersebut pada sang anak, Ismail AS.

يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ …
“Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?.” (37:102).

Mendapat perkhabaran itu, Nabi Ismail AS bersegera dan ikhlas untuk disembelih kerana itu adalah perintah dari Allah SWT.

… يَٰأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ
“Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (37:102)

Akhirnya Nabi Ibrahim AS menyembelih Ismail AS pada 10 Zulhijjah atas ketaatannya pada perintah Allah SWT. Lalu Allah SWT menggantikan Nabi Ismail AS dengan binatang sembelihan yang besar. Firman Allah :

قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.(37:105)
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَٰؤُاْ ٱلۡمُبِينُ
“Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; (37:106)
وَفَدَيۡنَٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٖ
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; (37:107)
وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ
“Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:(37:108)
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ
“Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”. (37:109)

Dan begitulah sifat orang² yang beriman. Mereka bersegera melakukan ketaatan kepada perintah Allah.
Sempena Hari Tarwiyah ini, mari kita sama2 hayati segala pengorbanan nabi Ibrahim AS serta Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah mereka sehingga kita dapat mengecapi nikmat Islam yang begitu besar anugerahnya buat kita semua.

Kita renung dan berfikir sejauh mana pengorbanan yang telah kita lakukan dalam hidup ini dalam menjadi hambaNya yang diredhai. Bersegeralah kita melakukan sebanyak² kebaikan sebelum kita kembali kepadaNya. Fastabiqul khairat!

Hargai juga pengorbanan mereka yang berusaha menjaga keselamatan negara kita terutama barisan hadapan dengan mematuhi sop yang telah digariskan agar kita sama2 dapat kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.. InsyaAllah.

Semoga Allah memberi kekuatan, memudahkan urusan dan membimbing kita semua.

سلم على إبرهيم
صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم

Semoga bermanfaat.

Nukilan:

Noraslina Abd Rahman
Aktivis ISMA Nilai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat