Ar4k, antara prinsip dan kebatilan

Bila isu arak ni, aku teringat kisah dulu pernah bertekak dengan Pengurus Besar sebuah pasaraya X ni untuk mempertahankan prinsip aku berkait arak.

Ceritanya begini, lepas SPM tahun 2011 dulu aku bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya ni. Cuma nak dipendekkan cerita, kita ni sebagai juruwang memang akan terdedah untuk scan arak.

Kalau kau ni jenis yang tak kesah, kau memang akan scan arak tu. Tapi ada juga kawan-kawan aku yang muslim mengelak dan tolak cara baik untuk pelanggan tu bayar di kaunter lain. Dan itulah amalan yang biasa aku buat bila berdepan dengan pembeli arak.

Tiba ada satu hari ni yang sangat ramai orang. Hari minggu la katakan.

Sedang aku scan barang-barang keperluan, tiba datang seorang brother ni nak beli arak, dan dia beratur kat kaunter aku pulak tu.

So aku macam biasa la, tolak dengan cara baik.

Eh, Tapi brother tu taknak, dia nak juga bayar kat kaunter aku. Aku pulak tetap bertegas dengan prinsip aku untuk tak scan arak. Lama jugak la aku nak convince brother tu pindah kaunter lain.

Entah macam mana, supervisor aku ternampak situasi tu dan tanya apa benda yang berlaku.

Dan bila dia tau, dia terus marah aku dan bertegas suruh aku scan jugak arak tu.

Aku pon apa lagi, bila berkali2 dipaksa. Hati pon mula la panas.

Waktu tu jugak aku hentak meja kaunter tu dan tengking,

“Hei, Aku cakap, aku taknak scan, aku taknak lah !”

………………………………………………………………………….

Semua terdiam. Mata pelanggan semua memandang pada kaunter aku.

Aku dengan perasaan marahnya terus keluar dari kaunter, dan ke surau untuk tenangkan diri. (Bagusnya pilih surau. hehehe)

“Ahh. aku dah tak tahan. Dengan araknya, pastu solat pon dia bagi 5 minit je termasuk perjalanan pergi balik, itupon kadang tak bagi.” (Berkata dalam hati)

Dan waktu kat surau juga la aku decide terus nak berhenti dan keluar notis 24 Jam.

Esoknya jugak aku hantar surat notis dan dengan izin Allah terus dapat kerja baru kat tempat lain.

(Nak berhenti pon kena buat cara baik, hantar surat. Ni ibu aku ajar)

—————————————————————————-
Lepas sebulan aku tinggalkan pasaraya X tu, aku saja la jenguk pasaraya tu balik. Saja nak tengok keadaan.

Bila tengok kat dalam, baru aku perasan bahagian arak dah diasingkan dan ada kaunter khas sendiri. Yang jaga tu pulak non-muslim.

Aku tak tau la apa punca pasaraya tu tukar bahagian arak tu macam tu. Mungkin bukan sebab aku. tapi dalam hati aku, aku ucap syukur alhamdulillah.

Yela, banyak lagi kawan-kawan muslim aku kat pasaraya tu, takde kekuatan nak bertegas dalam isu arak ni. Mereka terpaksa scan dan tak melawan sebab itulah sumber rezeki mereka.

Untuk isu arak yang viral dua tiga hari ni, sebenarnya ramai je masyarakat tak berpuas hati. Pihak kerajaan sekarang pon banyak je tak puas hati. Depa tahu je Isu arak ni banyak betul mudarat dia. Kes rogol, kes langgar lari, kes bergaduh dan macam-macam lagi lah masalah sosial lain.

Cuma depa terikat dengan “Stakeholders”

Dua bulan ni sahaja dah banyak kes kematian melibatkan pem4ndu m4buk. Frontliner kita pon antara yang terkorban. Sedih aku dengar.

Untuk isu ni sebenarnya, masing-masing ada peranan.
Baik dari NGO, Ahli Politik, Ahli akademik, dan masyarakat awam. Masing-masing perlu main peranan untuk menghapuskan terus industri arak.

Cuma kita atau nak tak nak je.

Waallahualam

Wafiq Azman

Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat