2. Merupakan bangunan terbesar di dunia selama lebih kurang seribu tahun sehingga tahun 1520
3. Disiapkan dalam tempoh 5 tahun 10 bulan
4. Dibina sebagai gereja pada tahun 537 (oleh Emperor Justinian II) dan ditukar kepada masjid pada tahun 29 Mei 1453 apabila Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople (Istanbul). Solat jumaat pertama diadakan di dalamnya pada tanggal 1 Jun 1453
5. Kemudian dijadikan sebagai muzium pada tarikh 1 Feb 1935 (oleh pengasas dan Presiden pertama Turki Mustafa Kamal Al-Tatturk)
6. Merupakan binaan ketiga di tapak yang sama setelah gereja pertama dan kedua dibakar oleh penunjuk perasaan. Tiada kesan gereja pertama, manakala antara kesan tinggalan dari gereja kedua ialah ukiran gambar 12 ekor kambing biri-biri yang merupakan symbol 12 pengikut Jesus (apostles)
7. Mengalami gempa pada tahun 553, 557, 558 (dome runtuh), 859 (kebakaran besar), 869 (separuh dome runtuh) dan 989 (dome runtuh)
8. Kini merupakan daya tarikan pelancong yang paling ramai dilawati di Turki dengan jumlah pengunjung seramai 3.3 juta orang setahun
9. Azan berkumandang buat kali pertama pada 1 Julai 2016 selepas 85 tahun ditukar menjadi muzium. Pada bulan Ramadhan tahun 2016 pula buat pertama kali diadakan solat
10. Baru-baru ini pada tanggal 11 Julai 2020, Presiden Turki, Erdogan mengistiharkan Hagia Sophia kembali rasmi sebagai sebuah masjid dan akan didirikan solat Jumaat pertama pada tarikh 24 Julai 2020 nanti
Moga Islam terus berkembang dan kuat di Turki serta seluruh dunia!
Ir. Ts. Lukman Al Hakim