Bapa Qawwam Penjaga Aqidah Ummah.

Seorang bapa qawwam adalah pemimpin keluarga yang bertanggungjawab membentuk akidah anak-anak yang kukuh melalui suasana pembentukan peribadi yang baik, sama ada di rumah, sekolah atau persekitarannya. Hal ini sangat fundamental dan kita dapat lihat pada wasiat yang disampaikan Nabi Ibrahim mahupun Nabi Yaakub kepada anak-anaknya.

{ وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 132]

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

Perkara ini seharusnya merevolusikan kayu ukur bapa-bapa, bukannya fokus hanya semata pada meninggakan harta, tetapi memastikan kejituan akidah dan iman anak cucu cicit kita kekal tetapi di atas jalan Islam. Lihatlah Nabi Yaakub, biarpun ketika hampir saat kematiannya, isu akidah keturunannya masih menjadi kebimbangan utamanya.

{ أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِـۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 133]

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman

Bapa yang Qawwam tidak hanya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi jauh daripada itu, nilai seorang anak itu harus mencapai tahap seorang pemimpin kepada manusia. Turutilah jejak Nabi Ibrahim dalam meletakan minda kepimpinan pada anak dan keturunannya.

{ ۞ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِيۖ }
[Surah Al-Baqarah: 124]

(Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”.

Berkat kesungguhan doa Nabi Ibrahim, Allah perkenankan maka lahirlah dari zuriat keturunannya para nabi dan pemimpin yang membimbing masyarakat dunia dan akhirat.

{ وَوَهَبۡنَا لَهُۥٓ إِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَجَعَلۡنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ ٱلنُّبُوَّةَ وَٱلۡكِتَٰبَ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَجۡرَهُۥ فِي ٱلدُّنۡيَاۖ وَإِنَّهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ }
[Surah Al-ʿAnkabūt: 27]

Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya); dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia; dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh.

Hal ini tidak akan berlaku dengan mudah melainkan perlunya pengorbanan dan usaha yang gigih. Dari situ barulah lahir generasi yang benar-benar hidup dengan akidah yang teguh dan kukuh. Nabi Ibrahim berdoa dan memastikan anaknya tidak dipengaruh oleh anasir buruk di tempat mereka membesar. Baginda juga memastikan anaknya berada dalam tempat yang baik dalam proses menjadikan mereka Muslim yang baik.

{ وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنٗا وَٱجۡنُبۡنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ }
[Surah Ibrāhīm: 35]

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

{ رَّبَّنَآ إِنِّيٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةٗ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهۡوِيٓ إِلَيۡهِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٰتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ }
[Surah Ibrāhīm: 37]

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Hasil usaha jerih payahnya dan berterusan doa serta tawakal lahirnya anak yang benar-benar kukuh akidahnya dan menjadi denyut nadi Ummah.

{ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ يَٰبُنَيَّ إِنِّيٓ أَرَىٰ فِي ٱلۡمَنَامِ أَنِّيٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰۚ قَالَ يَٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُۖ سَتَجِدُنِيٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّٰبِرِينَ }
[Surah Aṣ-Ṣāffāt: 102]

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Jika kita lihat pada sudut pandang yang dibawa Al-Quran ini, kita harus insaf berapa dunia materialistim telah mengubah kayu ukur kita dalam menilai fungsi bapa pada pembesaran anak-anak.

Fokus yang melampau pada harta dan kerjaya memalingkan kita dari cara yang sebenar dalam mendidik anak-anak.

Lihatlah sahaja isu seperti sekolah jenis kebangsaan Cina yang semakin diangkat darjatnya di kalangan orang Melayu Islam seolah berada di dalam suasana pendidikan bukan Islam lebih memberi masa hadapan yang cerah pada anak-anak ini. Lihat juga bagaimana gerakan secara tersusun mencemuh institusi pendidikan Islam sebagai terkebelakang, sentiasa bermasalah dan tiada masa hadapan. Namun jika kita lihat dalam statistik sijil pelajaran Malaysia yang terbaharu, sekolah berorientasikan tahfdiz berjaya mengunggulikan carta sekolah-sekolah di Malaysia.

Seroang bapa tidak patut berasa cukup anak mampu membaca Quran dan mendirikan sembahyang, namun lebih dari itu, seorang bapa harus meletakan tanda aras anaknya harus menjadi pemimpin manusia dunia dan akhirat.

Sedarlah, bapa ini telah diangkat nilainya dan diletakan pada satu tanggungjawab yang besar iaitu memastikan keluarga dan keturunannya selamat dari api neraka. Hanya dengan membentuk akidah yang mampan sahajanya mereka akan berjaya.

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ }
[Surah At-Taḥrīm: 6]

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Wallahu’alam

Dr Muhammad Irfan Muhammad Salmi
Aktivis ISMA Kuantan
Pensyarah UIAM Kuantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat