Perbuatan Band 1975 yang terkutuk di sepang kelmarin bukanlah perkara baru. Pada tahun 2019 lagi mereka ini telah melakukannya di khalayak sambil mempertahankan ‘hak’ mereka untuk buat perkara tersebut.
Pihak berkuasa perlu menghukum para penganjur yang menjemput artis luar negara ini, kerana bagi saya mereka sedar dan tahu perkara seperti ini akan terjadi.
Pihak kerajaan memiliki tanggungjawab penting dalam mempromosikan dan melindungi budaya serta nilai-nilai agama yang baik bagi setiap rakyat. Peranan ini sekiranya dijalankan dengan baik, pastinya perkara-perkara yang jijik seperti ini tidak akan berlaku.
Kita dengan tegas menolak budaya konsert yang berlebihan dan segala usaha yang cuba untuk menormalisai kan budaya songsang yang semakin tersebar di kalangan anak muda.
Sebagai masyarakat, kita perlu bekerjasama untuk membentuk nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian, menolak budaya hedonisma yang melampaui batas dan mencipta persekitaran yang baik bagi melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti di masa hadapan.
Saya menasihatkan para belia untuk lebih memilih kegiatan dan aktiviti yang positif dan mampu mengembangkan potensi dalam diri bagi kita sama-sama membina negara yang kita cintai ini ke arah yang lebih cemerlang, maju dan berdaya saing diperingkat antarabangsa.
Kitalah harapan bagi negara ini.
Mohamad Riduan Muhammad
Naib Presiden ISMA
Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti