12 TEKNIK MUDAH UNTUK KURANGKAN TEKANAN

ANDA RASA TERTEKAN? 

Berikut merupakan teknik yang mudah dan cepat untuk mengurangkan tekanan terhadap kerja, pelajaran, keluarga dan pelbagai lagi.

1. Senyum

Senyum tak mungkin dapat menyelesaikan masalah anda, tetapi kajian mendapati bahawa hanya tersenyum dapat mengurangkan tekanan dan dapat bina perasaan “in-control” kepada masalah yang anda hadapi.

2. Bernafas dengan dalam (deep breathe)

Satu lagi taktik mudah untuk menghilangkan tekanan ialah bernafas dalam (deep breathe).

Pernafasan yang mendalam membantu anda rasa tenang dengan re-adjust sistem badan berfungsi seperti diri anda sedang relaks.

Untuk mengamalkan teknik ini, cari kawasan yang tenang dan selesa dan kemudian bernafas secara normal. Tarik nafas sedalam yang mungkin, kemudian lepas perlahan-lahan melalui hidung. Ulang beberapa kali.

3. Kunyah chewing gum

Satu kajian di Melbourne, Australia mendapati bahawa kunyah chewing gum dapat membantu melegakan kegelisahan, meningkatkan alertness, dan mengurangkan tekanan sebanyak 16 peratus tekanan.

4. Tukar kata laluan (password)

Ini sebenarnya merupakan satu bentuk mental priming, bermaksud anda menggunakan isyarat di persekitaran anda untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Sebagai contoh, seorang lelaki baru bercerai yang menukar kata laluannya kepada “maaf@dia” untuk membantu dia mengatasi kemarahannya berikutan perceraiannya. Contoh lain ialah “ilovemywork” atau “ilikemymotherinlaw” atau “study@hard” atau “successdoesntcomeeasy” (anda faham kan)

5. Meditasi atau regangan badan.

Meditasi dan peregangan adalah kedua-dua taktik yang telah terbukti melegakan tekanan. Kedua-duanya sangat mudah untuk dilakukan di mana sahaja anda berada. Tutup mata anda, fokus pada pernafasan anda, dan tumpukan pada keadaan semasa anda.

Meregangkan badan juga tak susah. Kalau anda rasa terlalu stress, keluar sekejap daripada rumah atau pejabat, cuba regangkan leher, bahu, pinggang dan kaki anda. Tak perlu lama. 5 minit dah cukup.

6. Telefon rakan atau ahli keluarga.

Menurut kajian, dengan hanya bercakap dengan ibu atau orang yang kita sayangi atau suka, mengeluarkan happy hormones seperti oxytocin, endorphins dan dopamine.

7. Bayangkan.

Berikut adalah satu lagi teknik mudah yang boleh anda lakukan di mana saja apabila anda merasa tertekan dengan kerja atau study atau assignment. Tutup mata anda, dan berfikir tentang tempat yang tenang seperti pantai, taman, hutan. Anda juga boleh menggambarkan apa yang anda akan dapat selepas selesai tugasan yang stressful itu seperti result yang bagus, dean list, kenaikan pangkat etc. Ini juga dapat kurangkan tekanan.

8. Kira nombor.

Apabila anda mengira nombor, anda memberi fikiran anda sesuatu yang neutral dan tersusun (in order) untuk difikirkan, berbanding dengan semua perkara yang mengejutkan anda. Sesetengah mendapati pengiraan mundur membantu lebih baik. 100, 99, 98 …

9. Minum dan makan

Coklat punyai hormone endorphine (happy hormone).

Teh hijau mengandungi asid amino L-theanine dan telah dikaitkan dengan pengurangan tekanan dan kebimbangan.

10. Gunakan aromaterapi

Ia bukan rahsia lagi bahawa aroma yang berbeza dapat merangsang suasana yang berbeza. Letak sikit aroma lavender/bunga pada bantal pada waktu malam atau di bilik mandi dapat beri mood santai. Sekiranya anda sedang bekerja, anda boleh mempunyai sebotol minyak pati di dalam meja anda dan guna ia apabila tekanan.

Kalau anda pelajar universiti, boleh bawa perfume botol kecil (tester) yang anda suka didalam beg.

11. Dengar muzik

Muzik rentak perlahan atau instrumental music juga dapat menurunkan tekanan darah, melambatkan nadi anda, mengurangkan tekanan darah, melegakan tekanan, dan menjadikan badan lebih relaks. (bukan musik heavy metal, rock atau R&B)

12. Kawasan banyak pokok/tumbuhan.

Satu kajian dari Washington State University mendapati bahawa apabila sekumpulan orang yang tertekan memasuki bilik yang penuh tumbuhan, dapat menurunkan tekanan darah dan anxiety level (gemuruh/cemas).

Satu lagi kajian dari Massachusetts General Hospital dan Harvard Medical School mendapati bahawa “orang merasa tenang, kurang bimbang dan cemas, dan merasa kurang tertekan dirumah ketika bunga potong segar (fresh flowers) ada di dalam rumah.”

 

Dr Shaiful Aizad
19/2/20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat