Jagalah Akhlak, Akhlak Akan Menjaga Diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

oleh Norlia binti Salleh

Kota Samarahan, 29 Jan – “Jagalah akhlak walau dimana berada. Apabila akhlak terjaga, hal-hal lain juga pasti terjaga,” kata Nur Shaffilah, seorang daripada panelis jemputan sempena program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Samarahan yang telah diadakan di Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) baru-baru ini.

Tambahnya lagi, cabaran sebagai pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sangat banyak.

Antaranya adalah cabaran sosial. Sekiranya pelajar tidak mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, pasti akan terjerumus ke dalam masalah sosial seperti pergaulan bebas.

Kerana itu, akhlak yang baik sangat penting untuk dijaga agar perkara seperti itu dapat dielakkan.

Muhammad Nur Arif bin Othman, juga merupakan panelis jemputan sempena program tersebut turut berpesan kepada peserta agar mencari kawan yang baik dan mampu membimbing kearah yang bermanfaat.

“Sekiranya kita mempunyai kawan yang kurang baik akhlaknya, maka menjadi tanggungjawab kita untuk membantunya menjadi seorang yang akan menyumbang kepada agama, negara dan bangsa,” katany.

Manakala Siti Nuzul Athira Omar berkata “Saya seronok, dan saya memperoleh banyak maklumat yang berguna dalam program ini.”

Antara slot yang turut diselitkan dalam program KLS tersebut termasuklah What’s Next After SPM, Slot Perkongsian Kerjaya, Pameran dari Institut Pendidikan sekitar Samarahan serta Slot Latihan dalam Kumpulan (LDK) bersama mentor.

Turut hadir pada program tersebut adalah Rohaniza binti Naihi, Timbalan Pengarah KRIM Samarahan, dan Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat