KENYATAAN MEDIA : BERKENAAN PENGURUSAN ASET-ASET TABUNG HAJI (TH)

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN PENJUALAN ASET-ASET TABUNG HAJI (TH)

1.Isu ini ada kaitan dengan operasi dan pengurusan hotel terlibat dikatakan sudah diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

2.Daripada pengalaman ramai pengguna, hotel-hotel ini mempunyai permintaan (Occupancy Rate) yang tinggi. Jika dibuat akaun berasingan, mungkin operasi hotel ini menguntungkan. Namun laporan kewangan perlu dilihat secara terperinci bagi setiap hotel.

3.TH seharusnya mengeluarkan laporan lengkap dan membuat kenyataan rasmi bersama fakta-fakta perlunya hotel-hotel ini ditutup. Rakyat sekarang bijak pandai menilai, jika tidak menguntungkan dan perlu pelan rasionalisasi, rakyat boleh terima.

4.Di samping faktor kewangan, kewujudan hotel ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat, Ini janji Kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Janganlah kerana untung sedikit, rakyat terkorban bersama keluarga dan mereka terpaksa mengemis pula.

5.Rakyat bimbang juga tentang aset-aset lain milik TH bernilai 10 billion termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh Malaysia.

6.Isu penjualan tanah ladang kelapa sawit anak syarikat TH kepada Tamaco Plantation Sdn. Bhd. juga belum dapat ditangani dan dijelaskan dengan baik oleh TH sehingga kini.

7.Jika aset-aset ini hendak dilupuskan, siapakah yang akan membeli aset ini. Kerajaan kena telus tentang perkara ini. Jika aset-aset ini tidak strategik, sudah tentu tiada syarikat yang berminat untuk memilikinya.Yang peliknya mudahnya mencari pembeli kepada aset ini dalam kadar segera.

8.Kerajaan perlu bersikap terbuka kerana ini adalah aset umat Islam. Jika perlu tubuhkanlah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua dakwaan ini.

9.Silap langkah yang diambil oleh kerajaan akan mengakibatkan kerugian besar kepada umat Islam Malaysia. Kesannya kerajaan dilihat tidak kompeten menguruskan kepentingan umat Islam Malaysia. Ibarat menang sorak kampong tergadai.

10.Pendeposit TH yang berjumlah 9.4 juta juga akan gusar mengenai pendekatan TH sekarang ini yang nampak seolah-olah tidak menguntungkan umat Islam. Saya percaya pendeposit TH sedang tunggu dan lihat.Tidak mustahil akan berlaku ‘ bank run’.

11.Selaku Menteri yang menjaga TH, Mujahid perlu bertangungjawab sepenuhnya dengan semua isu-isu ini.

 

Mohd Sahrulariffin Ab Manan

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

20 Februari 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat