KENYATAAN MEDIA MENGHINA JATA NEGARA SIMBOL UGUTAN SUBVERSIF, PEMUDA ISMA LANCAR GERAKAN LAPOR POLIS

1. Pemuda Isma menuntut pihak yang terlibat dihukum dan permohonan maaf yang mereka lakukan tidak diterima kerana dengan sengaja menimbulkan provokasi. Bahkan telah melanggar Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan tidak Wajar) 1963. Ia sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang sedang merancang melakukan provokasi yang mempu menggugat kestabilan negara.

2. Mesej-mesej dan simbol penghinaan seperti mengubah lagu kebangsaan, bendera terbalik dan pengubahsuaian jata negara perlulah diambil serius oleh pihak berkuasa. Ia seakan-akan semboyan pemberontakan ke atas negara Malaysia yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Beraja.

3. Pemuda Isma risau gerakan yang bersifat subversif ini bakal mengubah identiti Malaysia sebagai sebuah negara beridentitikan Melayu Islam yang dipimpin Raja Berperlembagaan kepada Negara Republik, Liberal Tanpa Agama.

4. Pemuda Isma berharap pihak kerajaan dapat bertegas dan memulakan siasatan dengan segera bagi mengelakkan hal serupa berulang.

5. Justeru, atas semangat kecintaan terhadap tanah air. Pemuda Isma menggerakkan jentera di seluruh negara bagi membuat laporan polis dan mengikut secara rapat kes ini sehingga pesalah dihukum dengan setimpal. Kami akan berterusan membuat laporan terhadap mana-mana percubaan provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab

Muslim Abdullah Zaik
Ketua Penerangan Pemuda ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
1 Julai 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat