Pembina Batu Pahat serah sumbangan kepada pelajar UTHM

Sumbangan diserahkan di Koleh Kediama Pelajar UTHM Pagoh oleh Puan Nur Diyanah (tudung biru) kepada Provost UTHM Pagoh, Provost UTHM Pagoh, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Bin Mustafa (baju merah).

PAGOH, 3 April- Seramai 300 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh menerima bantuan hasil sumbangan Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) cawangan Batu Pahat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang bermula 1 April 2020 lepas.

Sumbangan barangan keperluan berupa mee segera, Nescafe pracampuran 3 dalam 1, dan biskut diserahkan oleh Ketua Beliawanis PEMBINA Batu Pahat, Puan Nur Diyanah binti Mohd Salim, 28 kepada pemangku Provost UTHM Pagoh, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Bin Mustafa dan Felo Kolej Kediaman Pelajar, Ts. Md Norrizam Bin Mohmad Ja’at @ Mohd Noh.

Sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan dari pihak PEMBINA Batu Pahat dan orang ramai berdasarkan permintaan pelajar di yang masih berada di kampus akibat wabak pandemic CoVid-19.

“Tujuan sumbangan ini diharapkan dapat membantu para pelajar UTHM di Pagoh menghadapi kehidupan di musim wabak dengan lebih baik dan tenang. Kami berdoa agar warga UTHM diberi kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah SWT. Patuhilah saranan yang digariskan oleh KKM,” ujar Puan Nur Diyanah binti Mohd Salim.

“Musim wabak ini sepatutnya menjadikan kita lebih muhasabah diri dan empati terhadap saudara kita yang memerlukan bantuan,” tambah beliau.

PEMBINA merupakan persatuan belia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dan telah berada di lebih 20 institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat