Syabas dan tahniah anak-anak pewaris dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Oleh : Kaslawati Binti Kassim

Keputusan SPM 2019 baru-baru ini sekali lagi mencatatkan sejarah apabila Negeri Sembilan berjaya kekal berada di kedudukan kedua peringkat kebangsaan selepas Putrajaya.

Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia 2019 di Negeri Sembilan berjaya mengekalkan kedudukan tempat kedua di peringkat kebangsaan selama empat tahun berturut-turut. Seramai 498 calon SPM 2019 di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Cukup membanggkan bagi seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Seremban apabila empat orang anak-anak ahli Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Seremban berjaya menempatkan diri sebagai pelajar cemerlang dan mendapat semua A dalam peperiksaan ini.

Kejayaan cemerlang anak-anak ini cukup memberi inspirasi terutama kepada warga Ikatan Muslimin Malaysia kerana kesemua mereka adalah anak-anak ahli-ahli ISMA Cawangan Seremban yang mana ibu bapanya sangat aktif, serta banyak menyumbang dan berdakwah kepada masyarakat melalui pelbagai medium.

Keempat-empat anak-anak hebat ini bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik, malah mereka juga sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum berdasarkan minat dan kecenderungan mereka masing-masing.

Berikut adalah hasil temuramah wartawan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seremban bersama adik  Mu’az Bin Mohd Azizee, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban. Calon SPM 2019 yang berjaya memperoleh 11 A dalam pepeperiksaan tersebut.

W : Apa perasaan Mu’az semasa menerima keputusan SPM 2019 baru-baru ini?

M : Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan yang diterima kerana mendapat  keputusan yang cemerlang iaitu 11A. Saya juga tidak menjangkakan bahawa saya akan mendapat straight A dalam SPM kerana trial SPM saya tidaklah begitu cemerlang,mungkin berkat doa kedua ibubapa saya, guru-guru dan rakan-rakan yang merealisasikan impian straight A saya.

W : Boleh Mu’az ceritakan apakah rahsia kejayaan Mu’az?

M : Setiap orang ada cara dan teknik belajar masing-masing. Oleh sebab itu, kita perlu ketahui cara kita belajar yang paling sesuai dengan diri kita. Apabila kita mengetahui teknik dan cara belajar yang bersesuaian dengan kita,maka urusan pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Selain itu, kita mestilah belajar sejak awal lagi, bukan ‘study last minute’ kerana apabila ‘study last minute’ tidak banyak boleh membantu kita ketika berada dalam dewan peperiksaan nanti.

W : Boleh Mu’az kongsikan cara Mu’az belajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi SPM 2019?

M : Cara saya belajar adalah dengan mengajar orang lain. Apabila kita mempunyai sesuatu ilmu,kita mestilah tidak lokek untuk berkongsi dengan orang lain. Berkongsi ilmu dengn mengajar kawan-kawan lain akan menambahkan lagi kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. Sebenarnya apabila kita berkongsi dengan rakan yang lain, secara tidak langsung kita akan memperoleh banyak perkara baharu semasa sesi tersebut secara kita tidak sedari. Selain itu, saya juga selalu mengulangkaji soalan-soalan SPM tahu-tahun lalu dan alhamdulillah ianya amat membantu saya. Di samping itu, saya juga lebih banyak memfokuskan diri kepada subjek yang saya lemah iaitu Add Math, alhamdulillah saya berjaya mendapat A dalam subjek ini.

W : Siapa yang banyak membantu dan memberi dorongan Muaz untuk berjaya?

M : Kedua ibu bapa saya, guru-guru dan rakan-rakan banyak memberikan dorongan kepada saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Selain itu,saya sering memotivasikan diri saya untuk memperolehi 11A bagi mengaspirasikan cita-cita saya untuk menjadi seorang professional akauntan.

W : Apa harapan dan cita-cita Muaz?

M : Saya berharap agar saya dapat meneruskan momentum kecemerlangan ini pada masa hadapan dan saya bercita-cita untuk menyambung ACCA pada masa hadapan kelak agar menjadi seorang akauntan profesional yang bertauliah. Selain itu saya mendoakan pelajar SPM 2020 (SMAPL) melakar kejayaan yang lebih cemerlang nanti.

W :  Mu’az juga adalah pelajar yang aktif di luar bilik darjah, boleh Mu’az kongsikan pencapaian-pencapaian yang Mu’az capai di peringkat sekolah menengah?

M : Alhamdulillah saya terlibat aktif dalam aktiviti sukan dan persatuan mahupun bidang ko-kurikulum yang lain. Saya pernah mendapat beberapa anugerah antaranya Anugerah Gangsa dalam Pertandingan Nasyid Festival Kesenian Islam SBP Kebangsaan, Bronze Award in Percussion Competition of The International Islamic Arts Carnival dan Principal’s List Award 2019

MasyaAllah, terima kasih adik Mu’az atas perkongsian kejayaan yang sangat mengispirasikan kami. Moga  adik Mu’az terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu keperingkat yang lebih tinggi dan mengaplikasikannya untuk keperluan ummah hari ini. Moga perkongsian kejayaan adik Mu’az Bin Mohd Azizee yang suka mendengar muzik dan bermain badminton ketika lapang ini memberi inpsirasi buat semua khususnya buat anak-anak remaja kita.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat