Mata adalah organ yang sangat penting dan berharga. Sebagai seorang muslim kita perlu menjaga mata dan pandangan. Penjagaan kesihatan mata adalah perkara yang amat penting agar mata tampil lebih sihat
- Pastikan jarak membaca adalah diantara 30 hingga 40 cm dari buku kemata.Jangan membaca terlalu dekat kerana ini akan menyebabkan otot-otot mata menegang dan mengakibatkan sakit kepala.
- Gunakan cahaya yang cukup terang . Elakan membaca didalam suasana yang gelap. Ini akan menyebabkan membaca di dalam keadaan yang tidak selesa.
- Pastikan membaca di postur yang betul. Elakan membaca dalam keadaan berbaring. Ini akan mengakibatkan tekanan pada mata.
- Pemakan yang betul adalah amat penting bagi memberikan kesihatan mata ayang optimum. Sayur-sayur dan buah-buahan yang mempunyai Vitamin A dan C adalah sangat baik.Sayur seperti lobak mengandungi Beta-kerotena yang tinggi. Ini akan melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
- Penggunaan komputer dengan betul akan dapat memberikan keselesaan pada mata. Pastikan kedudukan skrin komputer sama aras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata. Penggunaan komputer yang terlalu lama akan mengakibat ketidak selesaan pada mata, mata kabur, mata berair, penglihatan berganda (diplopia) merah, sakit belakang atau dikenali sebagai Computer Vision Syndrome (CVS). Pastikan hadkan penggunaan komputer selama 20 minit, kemudian rehatkan mata selama beberapa minit dengan melihat objek yang jauh.
- Amalkan senaman mata :
- Pergi keluar rumah, lihat satu objek dihadapan anda , kemudian perlahan-lahan lihat objek yang paling jauh anda boleh lihat. Ulangi bebrapa kali
- Gerakan mata kekanan, kemudian berhenti sekejap, kemudian kekiri, kemudian berhenti sekejap,kemudian ketas dan berhenti sekejap, kemudian kebawah dan berhenti sekejap.
- Penggunaan cermin mata hitam yang dapat memberikan perlindungan daripada Ultra Violet (UV) daripada cahaya matahari. Pastikan dapatkan nasihat dari optometris untuk mendapatkan cermin mata yang sesuai untuk anda. Cermin mata terbaik dapat 99-100% UV. Sinaran UV yang berterusan akan mengakibatkan katarak.
- Pemeriksa mata sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan kesihatan mata yang terbaik.
Rujukan