Dong Zong biadap lagi, UEC akan leburkan identiti negara

BANGI, 30 Julai – Sekali lagi Dong Zong biadap apabila tidak malu untuk meminta kerajaan mengiktiraf UEC.

Menurut Yang Dipertua Isma Kangar, Noorzamri Ibrahim ini merupakan satu pencabulan terhadap kedaulatan negara dan keluhuran perlembagaan.

Beberapa hari lalu Mesyuarat Agung Dong Zong meluluskan tujuh resolusi yang mana antaranya menuntut pengenalan tulisan Jawi di sekolah dilaksanakan seiring dengan pengenalan seni kaligrafi kaum lain dan mendesak kerajaan mengiktiraf UEC.

Soal guru sejarah ini lagi bagaimana kecintaan terhadap negara ini hendak dipupuk berasarkan acuan sistem pendidikan negara asing.

“Hakikat yang sungguh janggal apabila negara ini masih mempunyai sistem pendidikan terpisah antara kaum yang dilahirkan melalui sistem persekolahan vernakular di zaman penjajah walaupun sudah merdeka.

“Sistem vernakular yang mempertahankan identiti bangsa asal dengan perantaraan bahasa ibunda ini merupakan sistem yang direstui penjajah kerana sangat membantu usaha mereka untuk terus berkuasa dan mengekalkan pengaruh dengan melemahkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum,” katanya.

Tambahnya lagi dasar yang dilahirkan ini bakal meleburkan jati diri negara ini dan keagungan sejarahnya serta anka-anak akan  buta sejarah dan lupa asal usul mereka. 

Selain itu juga, beliau berpendapat tuntutan terhadap kaligrafi lain selain jawi hanyalah mendedahkan kedengkian serta usaha berterusan mencabar identiti dan sejarah asal usul negara ini serta perlembagaan yang sejak kewujudannya mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat