Haaziq ambil manfaat kepakaran Korea Selatan kembangkan servis pemulihan data di Malaysia

Oleh : Nursabihah Mohtar

Siapa kata anak Melayu kita malas dan bodoh? Ada ramai sebenarnya anak muda kita yang berminda masa hadapan, kreatif dan rajin.

Seperti Ts. Mohd Haaziq Mohd Yusof seorang anak muda kelahiran Bandar Baru Bangi ini, mengetuai sebuah syarikat kecil sederhana berasaskan teknologi maklumat Fix & Go : IT Specialist yang telah berhasil menjadi satu-satunya syarikat dari Malaysia yang dianugerahkan sebagai “Official Partner Designated Company“ kepada Myung Information Technologies dalam bidang pemulihan data (Data Recovery).

Kalau tuan puan nak tahu, Malaysia dari segi trend sudah mula menunjukkan peningkatan perkembangan teknologi antaranya online-banking, online shopping dan sebagainya dilihat selaras dengan perkembangan teknologi internet dan adaptasi pengguna terhadap teknologi dan pendigitalan. Apabila urusan harian banyak melibatkan atas talian, maka secara tidak langsung akan banyak data-data disimpan secara digital, seperti di dalam cakera keras(hard disk) , pemacu USB (USB drive) dan sebagainya.

Tetapi dari satu sudut perkembangan teknologi pemulihan data di Malaysia masih perlahan dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran dan kapasiti untuk menangani masalah ini secara profesional dan berintegriti.

Buktinya, salah sebuah hospital milik kerajaan Malaysia pernah menggunakan khidmat kepakaran dari syarikat Myung IT (Korea) untuk membantu hospital mendapatkan semula data-data pesakit yang hilang akibat daripada kerosakan yang berlaku pada sistem pelayan data.Jadi amat penting untuk Malaysia mempunyai kepakaran dalam teknologi pemulihan data.

Berbalik kepada kisah anak muda kita ini, bukan mudah-mudah untuk mana-mana syarikat untuk mendapatkan pengiktirafan daripada syarikat Myung Information Technologies. Ini kerana mereka perlu melalui proses pemindahan teknologi selama 15 hari di Korea dan semuanya dilakukan dalam Bahasa korea!

Bertuahnya mereka dapat bekerjasama dengan syarikat dari Korea ini yang merupakan syarikat terbaik di Asia dan nombor satu di sana. Pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang teknologi pemulihan data ini menjadikan mereka sangat arif dan seringkali menyelamatkan dan membantu kerajaan Korea melalui krisis nasional yang berkaitan dengan sistem komputer dan data.

Di masa hadapan kita mengharapkan ramai lagi anak muda yang berani terjun ke bidang teknologi pemulihan data ini dan seterusnya negara kita mampu membangunkan kepakarannya yang tersendiri.

Syabas anak muda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat