Henti Siaran Berunsur LGBT, Waspada Agenda Songsang

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan orang ramai khususnya ibu bapa yang cakna dengan siaran kartun di RTM yang dikatakan mengandungi unsur LGBT.

Tanggungjawab sesama Muslim adalah untuk mencegah maksiat. RTM tidak patut mengeluarkan kenyataan mengatakan orang ramai menimbulkan spekulasi, sedangkan maklum balas orang ramai adalah sikap yang bertanggungjawab.

Ummah tidak patut terlibat dengan perkara keji dan dosa-dosa besar apatah lagi perkara yang songsang, luar tabi’i dan bukan fitrah sebagai seorang manusia. Inikan pula anak-anak kecil yang sudah didedahkan dengan perkara salah seolah-olah hendak dijadikan norma, menormalisasikan perkara yang ditegah dalam Islam dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat.

Seni dan hiburan perlu selari dengan syariat Islam dan dikawal agak tidak berlebihan dan menjadi mudarat.

Pihak yang berkenaan juga harus mengetatkan penapisan filem, drama dan lain-lain siaran supaya bebas unsur-unsur LGBT dan pemikiran-pemikiran sonsang yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Tanggungjawab rakyat dan pemerintah adalah mencegah dan menghapuskan kemungkaran. Justeru, ISMA menggesa kerajaan dan pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan tegas.

ISMA juga menyeru orang ramai untuk terus memantau dan cakna agenda-agenda songsang yang cuba menyerap masuk ke akar pemikiran masyarakat supaya disekat dan terus dihentikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dan selari dengan undang-undang negara.

Dr. Mohd Eqwan bin Mohd Roslan
Pengarah Komunikasi ISMA

Scroll to Top