HENTIKAN BUDAYA CONTENT TIDAK BERMANFAAT HANYA KERANA NAK TRENDING

Biasanya, kalau sebut ‘unboxing’, yang terbayang mesti berkaitan review sesuatu produk atau barangan kan?

Bermula dengan membuka lapisan kotak sehinggalah kepada cara penggunaannya.

Tapi kini seolah menjadi trend di Tiktok apabila pengantin baru memuat naik video ‘unboxing by husband’.

Video tersebut menayangkan aksi suami mencabut pin tudung si isteri dan aksi mesra suami isteri turut terpamir.

Malu yang sepatutnya menjadi perisai diri kini semakin hilang.

Moment ekslusif untuk pasangan sendiri kini menjadi tontonan awam.

Kerahsiaan suami dan isteri yang perlu dijaga punah habis dijaja dan menjadi tontonan.

Jangan meletakkan nilai harga diri sama seperti barang.

Ibu ayah, tegur dan nasihatkan anak-anak untuk menjaga batas dan maruah diri.

Suami, didiklah isteri mengikut acuan Islam. Isteri, jagalah kehormatan diri.

Rahsia rumah tangga adalah kewajipan yang perlu dijaga.

Pelajarilah ilmu rumah tangga. Terkadang yang menjadi kebiasaan itu bukanlah seperti yang diajarkan dalam Islam.

Malu perisai diri. Dan ketakwaan kekuatan perkahwinan. Sifat takwa mencegah diri berbuat perbuatan mungkar.

Allah berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu”. (Surah at-Tahrim: 6).

Akhir kata: Tak salah rakam moment bahagia pasangan tapi cukup sekadar tatapan sendiri dan pasangan. Simpan file dalam gajet peribadi yang ada password.

Wallahua’lam.

YUSRA NOOR

Pegawai Dakwah ISMA Bangi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat