Ke mana hilangnya kemerdekaan
Tika simbolik kemegahan dibonekakan
Jalur gemilang terbalik merobek penghormatan
Terasakah kita ia satu penghinaan?
Ke mana hilangnya kemerdekaan
Tika sejarah kita semakin dilupakan
Pejuang kita seakan dongengan
Sekadar bacaan di mata anak watan
Ke mana hilangnya kemerdekaan
Tika raja berperlembagaan dipijak kedaulatan
Pro-barat dan liberal gagah ke depan
Menghuru-harakan simbol perpaduan
Ke mana hilangnya kemerdekaan
Tika anak bangsa tenggelam dalam kemodenan
Tanyalah mereka, “apa itu kemerdekaan?”
Tidak semuanya menjawab dengan kebanggaan
Ke mana hilangnya kemerdekaan
31 ogos ibarat rutin cuti tahunan
Jalur gemilang sudahkah dikibarkan?
Sebagai tanda cinta,ingatan dan kesyukuran
Herlina binti Tarmizi
Aktivis ISMA Johor Bahru