Himpunan untuk Palestin tanda ummah masih hidup.

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy berkata, tertubuhnya negara haram Israel kerana umat Islam tidak bertindak sebagai ummah, hidup secara individu dan berseorangan.
Tetapi perhimpunan hari ini adalah tanda bahawa ummah itu masih hidup dan perjuangan Palestin terkait dengan kehidupan umat Islam.

“Selepas tertubuhnya negara haram Israel, penjajah dan sekutunya telah memecahkan negara-negara Islam dengan satu lorekan sahaja.

“Kita hadir hari ini atas tanggungjawab untuk bebaskan tanah air Palestin,” katanya ketika perhimpunan Nakba 77: Hentikan Genosid di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Ujarnya lagi perhimpunan hari ini adalah satu kejayaan sebagai umat Islam yang konsisten terhadap perjuangan membebaskan Palestin.

Malah katanya, umat Islam harus tetap bercerita kepada anak-anak dan generasi baharu tentang peristiwa hitam Hari Nakbah 1947 iaitu penindasan, kezaliman, penghalauan umat Islam Palestin.

Sebagai satu tindakan strategik, Presiden ISMA menyeru kepada semua untuk memboikot produk-produk yang telah disenarikan oleh Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia).

Lebih 1, 000 orang mewakili 20 buah pertubuhan bukan Kerajaan (ngo) berhimpun di ibu negara bagi memperingati 77 tahun peristiwa Nakba.

Scroll to Top