Seorang pakar psikologi ternama, D. W. Winnicott telah menjalankan banyak pemerhatian ke atas ibu bapa dan kanak-kanak. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan kesempurnaan dari ibu bapa mereka.
Tetapi apa yang kita perlu lakukan adalah mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh ‘membahayakan’ mereka secara fizikal atau mental. Dan berikan ‘ordinary devotion‘ kepada mereka. Cuma bertindak sebagai ibu bapa yang waras serta mempunyai nilai kasih sayang.
Walaupun kita sedaya upaya berusaha mahu menjadi ibu bapa yang terbaik, kadang-kadang ia tak menjadi. Secara tak sengaja, ada juga kita melukakan anak-anak.
Persoalannya adalah, kenapa berlaku gap di antara niat baik itu dengan tindakan kita?
Sebab, dalam pada kita tidak mahu melukakan mereka secara sedar , parenting (sama seperti hubungan suami isteri) berlaku di luar kesedaran yang waras. Ia berlaku secara spontan.
Hakikatnya, kita sendiri pernah terluka semasa kanak-kanak. Kalau kita tidak berusaha untuk menyembuhkan luka-luka itu, segala ‘kenangan’ tersebut akan menghalang kita dari mendidik anak sebagaimana yang kita mahu. Contoh:
🕸️Seorang bapa secara tidak sengaja akan mengulangi tindakan bapanya sendiri yang bersikap judgemental kepada anak lelaki.
🕸️Seorang ibu yang tidak dapat setkan limit sikap dan tindakan anak-anak kerana tidak tahan dengan tidak balas anak akan membesarkan anak yang self centred dan sentiasa bersikap cemas.
🕸️Sesetengah ibu bapa lebih selesa habiskan masa yang lama di tempat kerja dan menyerahkan anak kecil mereka dijaga oleh orang lain kerana secara tidak sedar mereka sendiri meragui keupayaan mereka untuk ‘be interested in’ atau memberi sepenuh kasih sayang kepada anak mereka.
Jadi, bagi kebanyakan kita, tugas yang paling utama adalah menilai kelukaan yang telah wujud di dalam diri kita sendiri. Sebahagiannya mungkin luka biasa sahaja. Sebahagian yang lain mungkin terlalu menyakitkan. Kita perlu menilai supaya kita tidak mengulanginya kepada anak-anak.
Bagaimana mahu menyembuhkan isu kanak-kanak dalam diri kita dan menjadi ibu bapa yang kita mahukan kepada anak-anak kita?
1. #DidikAnakSecaraSedar
2. Bila marah atau mula rasa uneasy dengan sikap anak, break the cycle. Guna kan butang ‘pause’ dalam diri kita
3. Belajar dan faham bagaimana emosi berfungsi serta bertindak
4. Tekan butang ‘reset’ pada sejarah hidup kita sendiri
5. De-stress
6. Dapatkan bantuan menyelesaikan isu lama dan isu dalaman kita sendiri
Tiada ibu bapa yang sempurna kerana manusia sendiri diciptakan untuk tidak menjadi sempurna. Tapi kita boleh sentiasa berusaha untuk menjadi lebih bahagia.
Affiza Mohammad
Pakar motivasi ibu bapa
Pendidik
JK Wanita Isma