1. Tindakan wakil rakyat Sabah yang mempertahankan penyediaan arak dalam majlis rasmi kerajaan bercanggah dengan peraturan dan identiti Sabah sebagai negeri Islam seperti dalam perlembagaan.
2. Sebagai wakil rakyat yang mewakili bukan hanya orang bukan Islam, dia sepatutnya lebih bijak dan sensitif dalam memberikan kenyataan. Sebarang respon yang menyokong tindakan itu amatlah tidak wajar. Hal Ini kerana, jika arak boleh disediakan di majlis rasmi kerajaan, ini termasuk di sekolah, universiti dan mana mana premis kerajaan. Umum mengetahui larangan aktiviti dalam kalangan kanak-kanak bawah umur berkaitan arak, lebih-lebih lagi jika di dalam kawasan sekolah.
3. Tambahan pula, kesan buruk arak kepada masyarakat bukanlah sesuatu yang perlu dibuktikan lagi. Terlalu banyak kajian yang dibuat oleh pakar perubatan, ahli akademik dan pihak berkepentingan menunjukkan arak ini memberikan mudarat bukan sahaja kepada peminum bahkan kepada orang lain kesan daripada perbuatan pemabuk.
4. Laporan kes-kes seperti pergaduhan di tempat awam, kemalangan jalan raya dan konflik keluarga kebanyakan adalah berpunca daripada arak. Tidak terlepas juga kesan buruk kepada ekonomi itu sendiri apabila arak menjadi punca yang mempengaruhi produktiviti dan kualiti kerja seorang pemabuk.
5. Sekiranya logik cetek dan tidak berfikir panjang isu arak ini dinormalisasi, maka pada masa hadapan, syarikat perjudian, vape, rokok dan apa-apa industri yang memberi kesan buruk pada pelajar dan penjawat awam akan dibenarkan tanpa kawalan. Lebih buruk lagi, memberi isyarat seolah-olah membenarkan arak di tempat-tempat awam seperti di sekolah menengah, sekolah rendah, universiti, atau pusat-pusat pendidikan.
6. Setiap pihak dalam negara ini mesti bersatu dan mempunyai persefahaman bahawa kemajuan negara yang hendak dicapai perlulah bersifat holistik. Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menggunakan alasan ekonomi tanpa melihat kepada kesan jangka panjang dari tindakan tersebut terutamanya dalam perkara yang jelas keburukannya seperti arak.
Asnan Bin Hamdin
Ketua Biro Dakwah
ISMA Cawangan Kota Kinabalu
Rujukan:
1. https://suara.tv/07/10/2025/penjawat-awam-juga-ada-bukan-islam-dap-sabah-kecam-cuepacs-halang-kakitangan-kerajaan-hadir-acara-hidang-arak/
2. https://m.malaysiakini.com/news/757155
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9637453/
4. https://www.nytimes.com/2023/01/13/well/mind/alcohol-health-effects.html
5. https://amp.theguardian.com/society/2021/may/18/any-amount-of-alcohol-consumption-harmful-to-the-brain-finds-study
6. https://www.who.int/europe/news/item/04-01-2023-no-level-of-alcohol-consumption-is-safe-for-our-health
7. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8401155/
8. https://injuryfacts.nsc.org/motor-vehicle/motor-vehicle-safety-issues/alcohol-impaired-driving/
9. https://americanaddictioncenters.org/alcoholism-treatment/family-marital-problems#:~:text=That%20means%20people%20who%20misuse,even%20though%20it%20harms%20them.
10. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18709271/
11. https://vertavahealthmississippi.com/blog/5-effects-alcoholism-on-family/