KENYATAAN MEDIA IGURU
1. iGuru menyangkal kenyataan tiga aktivis yang menyifatkan sekolah kebangsaan sebagai tidak fokus kepada pendidikan sebaliknya terlalu Islamik sehingga mengabaikan pengetahuan dalam mata pelajaran sains dan teknologi.
2. Kenyataan yang disebut di dalam sesi debat bertajuk Suara Gerak Independent: The Vernacular School Debate anjuran Maju Foundation adalah bersifat prejudis dan tidak mencerminkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta dangkal.
3. Kewujudan sekolah kebangsaan ialah menjunjung matlamat Penyata Razak 1956 dan memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERI.
5. Aktiviti keagamaan yang dilaksanakan seperti bacaan doa, majlis sambutan kebesaran islam ialah untuk membina kerohanian murid sebagai asas pembinaan jatidiri.
6. Tiada pengabaian subjek sains dan matematik serta subjek STEM di sekolah kebangsaan. Ini kerana pihak KPM telah mempersiapkan segala perancangan pendidikan untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.
7. Kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak tepat dan tidak berdasarkan fakta yang betul kerana masih ada lagi ibubapa bukan islam yang menghantar anak di sekolah kebangsaan bahkan sekolah SBP masih menempatkan murid bukan melayu.
8. 63 tahun merdeka tidak seharusnya menjadikan semua pihak memandang rendah terhadap sekolah kebangsaan , sebaliknya berusaha memperkasa dan memartabatkan sekolah kebangsaan.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru
16 September 2020