Impak Besar Pelajar Lepasan SPM Enggan Sambung Pengajian – Ketua BKM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa hasil data yang diambil daripada sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) menunjukkan hampir separuh pelajar lepasan SPM tahun 2021 tidak mahu menyambung pengajian ke menara gading. Data tersebut tidak seharusnya dipandang remeh oleh orang ramai.

Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM ISMA) gusar dengan trend peningkatan pelajar lepasan SPM dan STPM yang enggan menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana, bakal memberikan impak yang besar pada masa hadapan terutama terhadap individu tersebut, keluarga dan masyarakat di Malaysia.

Selain itu juga, keengganan pelajar untuk menyambung pelajaran ke menara gading sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap psikologi dan emosi mereka. 

Mereka akan merasa rendah diri kerana kurangnya kualifikasi dan peluang dalam memilih pekerjaan dimasa akan datang. Oleh yang demikian, mental dan emosi mereka akan mempengaruhi hubungan antara keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.

Selain itu, jurang sosial meningkat apabila terdapat kelompok yang menghadapi keterbatasan untuk akses peluang-peluang dalam menjana ekonomi, sukar menempatkan diri dalam pekerjaan yang stabil kerana tiada kualifikasi dalam pendidikan tinggi. 

Berikutan tiada kualifikasi di peringkat yang lebih tinggi, maka tenaga kerja mahir negara juga akan berkurang dan menyebabkan masyarakat hilang sumber rujukan berkaitan isu-isu kekeluargaan dan kemasyarakatan. Selain ianya dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara, hal ini turut menyebabkan sektor-sektor penting dalam pembangunan masyarakat seperti sektor pendidikan, perundangan, dan lain-lain juga akan terbantut. 

Oleh itu, carilah ilmu walau dimana kita berada dengan berbekalkan kudrat yang masih ada. Ilmu tidak akan pernah mensia-siakan tuannya. Seperti mana hadis Rasulullah saw:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Ertinya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim, no. 2699).

Budaya rakus dalam menuntut ilmu perlu diterapkan dalam masyarakat bagi mencapai pembinaan ummah yang bertamadun (Ummah Fadhilah).

Hjh Akhma Deena
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat